Sunday, March 21, 2010

SISTEM KENEGARAAN ISLAM ASAS-ASAS POLIT1K ISLAM

Pendahuluan
Ibn Khaldun (732-808H) menyifatkan manusia sebagai makhluk bemnasyarakat, berakal, berseni, berkebudayaan, berekonomi, berpolitik dan sebagainya. Tiada seorang manusia mampu hidup besendirian dan memenuhi keperluan psikologi dan fizikal tanpa perlu berinteraksi dengan orang lain. Lantaran itu pembentukan institusi pemerintahan adalah salah satu cara bagi memenuhi keperiuan-keperluan tersebut di samping menyusun peraturan-peraturan dalam interaksi akan menjadi sukar dan mencetuskan pelbagai konflik.

Muhammad Asad berpendapat satu sistem tertentu amat diperlukan supaya dapat dilaksanakan satu undang-undang yang dapat mengwal individu-individu yang dipengaruhi oleh hawa nafsu jahat daripda merompak hak orang lain. Pengawalan ini dapat menjamin hak individu untuk mendapatkan hak masing-masing serta dapat pula menjalankan tanggungjawab mereka terhadap negara. Kesannya terhasillah apa yang dikatakan sebagai kebebasan sebenar, bukan slogan kebebasan yang kosong dan dipengaruhi hawa nafsu. (Zainal Abidin Ahmad, 1997,hal104).

Politik mempunyai kaitan rapat dengan pemerintahan. Perkataan politik berasal dari perkataan Yunani "politikus" dari akar kata "polis" yang bermaksud negara kota. Perkataan ini di ambil dari bahasa Latin "Politica" Teuku Iskandar di dalam Kamus Dewan mendifinisikan politik sebagai, "Suatu ihnu yang berkartan dengan perintahan seperti dasar-dasar pemerintahan dan sebagainya yang meliputi ilmu siyasah, kenegaraan, parti politik, ahli politik dan tipu muslihat .(Teuku Iskandar 1970, hal885)

Para imperialis dan kuncu-kuncu barat pula terus berusaha menanamkan satu pemikiran bahawa Islam tidak mempunyai hubungan dengan politik atas alasan politik adalah urusan keduniaan. Ramai pula yang meletakkan tanggapan yang bercampur baur antara balk dengan buruk terhadap politik. Macchiavelli di dalam bukunya "La Prince" menghubungkan definisi politik dengan lima perkara iaitu: kekuatan (kekuasaan) balas membalas, kemenangan, topeng dan kelemahan. (RZainal Abidin Ahmad 1977 hal. 89)

Keadaan ini meletakkan satu imej yang kurang baik terhadap politik. Oleh kerana itu politik sering di salah anggap sebagai satu jalan atau usaha untuk mengumpulkan kuasa, kekuatan, pengaruh dan kekayaan melalui pelbagai cara termasuk tipu helah dan eksploitasi oleh golongan yang kuat dan bijak terhadap golongan yang lemah. Situasi-s'ituasi sebegini tersasar dari landasan politik menurut perspektif Islam yang sebenar.

Hakikat kebenaran dan kesyumulan Islam tidak dapat disangkal. Beberapa tokoh orentalis sendiri mengakui ada hubung kait antara Islam dengan politik Schacht dalam Encyclopedia of Social Sciences, mengatakan "kerana Islam ini difahami lebih dan sekadar agama, maka ia juga menggambarkan teori-teori hukum dan politik", R.Strothmann menulis dalam The encyclopedia of Islam bahawa "Islam adalah fenomena agama yang benvawasan politik. Sebab pendiriannya adalah seorang Nabi dan sekaligus seorang politikus yang bijak, atau disebut pula seorang negarawan:. Pendapat ST Arnold pula dikemukakan dalam The Caliphate Oxford dengan katanya "Pada masa yang sama, nabi adalah seorang pemimpin negara". (Yususf al-Qardawy (Dr.) 1999, hal. 28-29.

Politik dikenal dalam tamadun Islam sebagai "Siyasah". Istilah ini sebenamya sudah diterima sebagai sebahagian dan'pada Bahasa Melayu semenjak abad ke 15 lagi iaitu selepas kedatangan Islam ke Alam Melayu. Perkataan tersebut merupakan kata terbrtan dan'pada kata perbuatan "Saasa" yang beerti telah memimpin (Hj. Zainal Abidin Ahmad, 1977, hak. 28). Perkataan ini juga telah digunakan oleh Rasulullah saw dalam sebuah hadith yang diriwayatkan oleh Imam Muslim daripada Abu Hurairah r.a: "Adalah kaum Bani Israil siyasah kenegaraan mereka dipunyai oleh para nabs. Setiap kali meninggal seorang nabi, digantikan nabi yang kemudiannya. Sesungguhnya tidak ada nabi yang akan menggantikan belakangku. Yang ada hanya khatifah-khaHfah yangjumlah mereka adalah banyak."

Penggunaan istilah siyasah di dalam hadith di atas ditafsirkan oleh Imam al-Nawawi sebagai pengurusan pemerintahan dan cara-cara memperbaikinya. Sarjana-sarjana islam antaranya Atiyatullah dalam "dairat al-Maarif al-Hadithah" menjelaskan siyasah sebagai ilmu pengetahuan yang berkaitan dengan kenegaraan, melaksanakan urusan rakyat, memelihara haiwan dan melatihnya dan memberl petunjuk dan juga kepimpinan. Manakala siyasah menuait Ikhwan al-Safa meliputi urusan peribadi, keluarga, masyarakat, negara dan antarabangsa (Mustafa Hj. Daud 1994, hal. 4-5)

Daripada huraian di atas dapat dikatakan bahawa perkataan politik dan siyasah membawa pengertian yang hampir sama. Dari segi makna siyasah juga bermakna politik. Cuma siyasah sering digunakan dalarrrkonteks yang lebih luas seperti siyasah peperangan, siyasah perniagaan dan siyasah kenegaraan, siyasah dalam perundingan dan lain-lain lagi. Istilah ini juga berasal dan tradisi Islam yang dipelopori oleh Rasulullah saw. Dengan itu tanggapan bahawa politik adalah buruk, kotor serta perlu dijauhi adalah tidak tepat. Ini adalah kerana Islam menampilkan satu sistem politik yang murni sebagai satu wadah bagi menyempurnakan matlamat penciptaan manusia di muka bumi selaras tuntutan nas al-Quran dalam surah al-Zarryaat 51: 56) "Dan tidak akujadikanjin dan manusia melainkan untuk mengabdikan din kepadaKu " Contoh politik Islam yang paling tepat ialah politik yang di amalkan oleh Nabi Muhammad saw. Baginda teian meninggalkan asas-asas dan prinsip yang teguh bagi sistem politik negara Islam. Hingga ke hari ini negara Islam Madinah di akui sebagai "negara" tertua dalam organisasi polrtik sejarah manusia, Ini berdasarkan penubuhannya yang berasaskan prinsip yang sah serta mematuhi "rule of law" yang sebenar. (Muhamed S.El-Awa, 1991, hal. 1).

Asas-asas Politik Islam
Menurut al-Maududi, sistem politik Islam mestilah di bina di atas tiga asas periling iaitu tauhid, risalah dan khilafah.

Tauhid
Tauhid bermaksud mengesakan Allah swt dari segi zat dan juga sifatNya. Keyakinan tauhid membawa kepada keyakinan terhadap keluasan kekuasaan Allah swt. Kemudian di atas sifat rahmat dan rahim Nya Allah memuiiakan umat manusia dengan pemberian alam serta segala isinya untuk kegunaan manusia di muka bumi . Segaianya adalah atas qudrat dari iradahNya npa bersekutu dengan sesiapa. Atas hakikat ini, fikrah tauhid menafikan segala bentuk pemikiran yang mendaulatkan manusia samada dalam bentuk individu, masyarakat dan negara.

(Sebaliknya kedaulatan tersebut hanyalah milik Allah swt. Dialah pemerintah sebenar dan Wewengangan penjndangan adalah milik Nya (S. Abdul A'AIa Mududi 1988.hal.44)

Dilihatdari falsafah politik dan pemerintahan terdapat beberapa aspek penting di bawah rasas tauhid yang perlu difahami dengan jelas. Antaranya ialah:

i. Konsep tentang Alam Semesta iaitu mamahami serta meyakini dengan sebenar-benamya tentang kekuasaan dan pengusaan Allah swt, terhadap alam semesta. Dialah Allah yang menciptakan seluruh isi alam serta memeliharanya sehingga hari kiamat. Konsep ini juga dikenali sebagai tauhid rububiyyah. Hakikat ini dinyatakan oteh al-Quran surah al-Faatihah 1:1 "Segala puji bagi Allah, pemilik sekelian Alam ". Firman Nya dalam surah al-Ra'd 13:16 "Katakanfah: "Allah adalah pencipta segala segala sesuatu dan Dialah Tuhan Yang Maha Esa lagi Maha Perkasa ". Selain itu ayat-ayat lain berkaitan dengan tauhid rububiyyah ialah surah al-An'am 6:73, surah al-Nisa1 4:1, surah al-Baqarah 2"29, surah Faatir 35: 3, surah al-Waaqi'ah 56: 58-72, surah al-Ruum 30:26, surah al-AYaf 7:54, surah al Sajdah 32: 5 dan lain-lain lagi. al-hakimiyyah iaitu kuasa perundangan dan kedaulatan hukum di alam semesta adalah hak Allah swt semata-mata. Asas kesedaran ini setiap manusia wajib taat, tunduk dan patuh kepada Allah dalam segenap urusan kehidupan mereka. Dialah pemerintah sebenar, Pencipta Undang-Undang sember rezeki dan tempat memohon perlindungan. Firman Nya dalam surah al-Furqaan 25:2: "Dan tidak ada sekutu bagi Nya dalam Kekuasaan Nya ".

Keterangan tentang hak ini disebut di dalam ayat-ayat surah al-baqarah 2:107, surah al-Qasas 28:70, surah al-An'am 6: 57, surah al-Kahf 18:26, surah al-imran 3:154, surah al-Ruum 30:4, surah al-Hadiid 57:5, surah al-Ra'd 13:16, surah Faatir 35:40-41 dan lain-lain iagi. iii. Segala sifat-sifat kekuasaan al-hakimiyyah adalah di tangan Allah swt semata-mata, Ini jelas tertera di dalam sifat-srfatnya yang sempurna serta nama-namaNya yang terbaik (tauhid asma' dan sifat). Misalnya sifat ini ditegaskan di dalam surah al-An'aam 6:18:

"Dan Dialah yang berkuasa atas sekaHan hambaNya dan Dialah maha bijaksana lagi maha mengetahui". Ayat-ayat lain ialah seperti dalam surah al-Ra'd 13:9, surah al-Hasyr 59:23, aurah al-Baqarah 2:255, surah 36:83, surah 10:65, surah 48:11, surah Yunus 10:107, surah al-Baqarah 2:284, surah al-Kahfi 18:26.

Risalah
Risalah bermaksud kerasulan. Pengutusan Rasul adaiah sebagai suatu cara penyaluran syariat llahi kepada umat manusia. Syariat itu bertujuan mengatur srstern hidup manusia yang iengkap dan sempuma. Dengan pengutusan Nabr Muhammad saw baginda membawa dua panduan utama datem hidup umat lslam iatah iaitu at-Quran dan as-Sunnah. AE-Quran adaiah kitab induk yang merangkurni seluruh isi wahyu setelah Iengkap tempoh penyempurnaannya seiama 23 tahun. Ia menerangkan segala asas dan prinsip yang mesti dipatuhi dalam menegakkan sislern hidup yang baik. Peranan rasul pula iatah menghuraikan dan memberi penerangan dan penafsiran kepada manusia antaranya melalui perkataan, perbuatan dan pengakuan. Ini diperkuatkan iagi dengan akhlak dan perilaku Rasulullah saw sebagal conEoh teladan kepada umat nya. (Abdu; al-Maati Abu al-Futuh (Dr), 1990, hal. 76).

Sistem politik Islam wajib ditegakkan di atas risalah kerana ia membirnbing menurut syariat llahi. Dengan cara demikian sistem politik Islam berdiri di atas asas yang kukuh dan mantap serta menuju kepada kejayaan yang hakiki. Perjalanan perjuangan Islam pimpinan Rasulullah saw tidak memisahkan sistem politik yang diterajuinya dengan syariat Allah swt.. dalam konteks ini manusia yang menerajui poliiik dalam masyarakat mereka seharusnya tidak membelakangi syariat Allah swt. Untuk itu kepatuhan kepada Allah dan Rasul adafah yang paling utama.

Sebarang bentuk penolakan terhadap al-Sunnah juga akan merosakkan kepercayaan dan keimanan kepada Allah swt Al-Quran boieh dianggap sebagai panduan dari sudut teori dan prinsip dasar manakaia Al-Sunnah pula adaiah panduan dari sudut praktis. Ia merintis cara bagaimana syariat diaplikasi sebagai sistem hidup manusia. Oleh itu sistem poiitik Islam harus tarnpil dengan imej Islam yang unggul. Dalam menuju ke arah ifu syariat Islam mesti dtjadikan perlembagaan asasi di mana iandasan risalah inilah ditegakkan sistem politik dan pemerintahan Islam.

Peranan risalah juga membimbing akhlak yang mulia; Akhlak mulia menjadi asas penting dalam sistem politik Islam kerana dua perkara yang sering mencabar manusia sebagai pemegang amanah Ailah ialah nafsu tamak kepada kekuasaan dan yang kedua kecenderungan memenuhi kepentingan diri sendiri. Sifat-sifat sedemikian perlu dikikis dengan akhlak mutia kerana boleh membawa kepada penindasanf piiih kasih seterusnya akan berakhir dengan kezaliman yang dibenci oleh agama. (Mustafa Hj,Daud1994,hal.72.)

Konsep risaiah mengutarakan beberapa perkara yang mesti diambil kira dafam konteks sistem politik dan pemerintahan Isiam iaitu: (S. Abdul Ala al-Maududi 1988, hal 53-55)

i. Manusia wajib patuh dan tunduk kepada Allah secara mutlak.
Allah memiliki hak membuat segala peraturan dan hukum kepada manusia dan hakNya itu wajib ditaati. Contohnya ialah hokum hudud. Lihat surah al-Maaidah 5:38 iii. iii. Allah Maha Mengetahui hikmah dan rahsia disebalik segala peraturan yang tefah ditetapkannya. Lihat surah al-Baqarah 2:216, lihat juga surah al-Baqarah 2:220 dan iain-lain iagi. Allah adaiah kuasa perundangan yang tertinggi. Manusia boleh mengatur kesempurnaan hidup mereka tetapi tidak boieh bertentangan dengan undang-undang Allah. Firman Allah dalam surah al-Jaathiah 45:18 "Kemudian Kami jadikan kamu berada di atas satu syariat (peraturan) dari uwsan agama itu, maka ikutilah syariat itu danjanganfah kamu ikuti hawa nafsu orang-orang yang tidak mengetahui". Lantaran itu orang-orang yang ingkar kepada hukum-hukum Allah disifatkan oleh al-Quran sebagai kafir (surah al-maidah 5:44), zalim (surah al-Maidah 5: 45dan fasik (surah al-Maidah 5:47). Rasulullah adalah contoh teladan dan panduan di dalam sistem politik Islm. Al-Quran telah mengaitkan ketaatan kepda rasui dengan ketaatan kepada Allah. Firman dalam surah al-Nisaa14:80

"Sesiapayang mentaati rasul, sesungguhnya ia telah mentaati Allah ". Di dalam Surah yang sama ayat 115 Allah berfirman lagi: "Dan sesiapayang menentang rasul sesudah jelas kebenaran baginya, dan dia mengikuti jalan yang bukanjalan orang mukmin, akan Kami biarkan mereka bergelumang dalam kescsatan yang telah mereka datangani dan Kami akan masukkan dia ke dalam jahanam danjahanam itu seburuk-buruk tempat kembali".

Khilafah
Khilafah dalam bahasa Arab bermaksud wakil Ibn. Khaldun mendefinisikan khilafah sebagai keharusan semua orang memikul semua orang memikul tugas sesuai dengan pandangan syariat demi untuk kemaslahatan duniawi dan ukhrawi yang nyata. Ini kerana semua urusan dunia di sisi pembuat syariat mesti kembali kepada kemaslahatan ukhrawi. Jadi pada hakikatnya ia merupakan perwakilan atas nama pemegang syariat (Allah) untuk menjaga agama dan penataan dunia (Ibn. Khaldun 1995, hal.208). Ini beerti manusia dibenkan oleh Allah kuasa mengurus kenegaraan. Lantaran itu konsep khilafah menghadkan kuasa bertindak mansia di dalam kerajaan Allah swt ini di dalam ruang lingkup yang dibenarkan Nya sahaja. Al-Quran dan Al-Sunnah adalah periembagaan dalam sistem pemerintahan Islam. Periembagaan inilah yang membataskan kuasa kerajaan dan badan-badan kerajaan. Ringkasnya segala kuasa pemerintah ataupun kuasa rakyat adalah kembali kepada kuasa Allah swt. (Abu al-Maati Abu al-Futuh (Dr.) 1990, hal.76). Mencari petunjuk yang lain seiain daripada itu beerti menuju kesesatan. Firman Allah dalam surah Raad 38:26;

"Wahai Daud, sesungguhnya kami jadikan kamu khalifah (penguasa) di muka bumi, maka hukumlah perkara di antara manusia dengan adll, danjanganlah kamu mengikuti hawa nafsu kerana ia akan menyesatkan kamu dari jalan Allah ". Al-Maududi menjelaskan bahawa bentuk pemerintahan manusia yang benar iaiah mewujudkan sebuah negara yang mengiktiraf kepimpinan dan kekuasaan Allah dan Rasulnya serta menyerahkan hak legislatif dan kedaulatan hukum yang paling tinggi kepada kedua-duanya iaitu Allah dan RasuL Manusia hanyalah sebagai wakil yang memiliki kuasa terhad samaada dalam bidang legislatif, eksekutif atau pun judikatif (S.Abul A'Ala al-Maududi 1986, hal.G3)- Sistem politik yang bertitik tolak dari asas khilafah akan menjurus kepada satu usaha menegakkan hukum syariat serta mengembangkan dakwah ke segenap pelusuk alam. Menegakkan khilafah hukumnya adafah wajib bagi seluruh kaum muslimin. Kewjjban ini di asaskan oleh al-Quran, Al-Sunnah dan juga al-ljma' (Taqiyuddsn al-Nabhani, 2000, hal.1-2), Lantaran keutamaan itu para sahabat r.a tetah sepakat (ijma1) mendahulukanpersoalan perlantikan khalifah daripada urudan pengebumian jenazah Rasulullah saw selepas kewafatan baginda. Sedangkan sebagaimana yang tetah dimaklumi bahawa menyegerakan urusan pengebumian jenazah adalah dituntut Perkara tersebut tidak mungkin akan terjadi melainkan kerana status hukum, melantik seorang khalifah lebih wajib daripada mengebumikan jenazah. (Yusf al-Qardawy (Dr,) 1999 hat 10-11).

Daripada huraian-huraian yang teiah dikemukakan di atas dapat dirumuskan bahawa Islam adalah satu sistem hidup yang lengkap. Aspek politik adalah saiah satu bidang yang terangkum dalam slstem-sistemnya yang lengkap itu. Oleh kerana itu sistern politik Islam berbeza dengan sistem politik sekular barat yang memisahkan roh dan agama dari sistem pofitik mereka. Sedangkan Islam mengutarakan satu bentuk sistem politik yang luhur dengan meletakkannya di atas asas-asas spiritual yang baik dan asas moral serta dipsmpin pula oleh arahan dan perintah Allah swt.. Lantarari itu Hammudah Abd 'Aati, 1996:258 menyifatkan sistem politik Islam sebaga?: "Unik di dalam struktur, fungsi dan matfemtnya, Ia bukan sistem yang pragmatik atau instmmentatistik. Ia juga bukan teokrasi di mana segotongan manusia mendapat hak-hak isiimewa, turun iemurun dan berkuasa mengatasi segotongan manusia lain tanpa had dan batas. Sistem poStik Mam juga bukan proletariat di mana beberapa goloogar? pekerjayang berdendam mendapat kuasa, bahkan sistem politik Islam Juga bukan- demokrasi dalam pengertiannya yang popular.

Oleh itu sikap poiitik Islam dapat dikenal meialui prinsip-prinsipnya seperti syura, prinsip kebebsan, prinsip keaditan, persamaan, akauntabiiiti dan tain-lain lagi

Periantikan Khaisfah
Dalam konteks polik dan pemerintahan khilafah beerti kepimpinan unnum bagl seluruh kaurn muslimin di dunia untuk menegakkan hukum-hukum Allah dan menyebarkan dakwah Islam ke seluruh pelusuk aSam. Seiain khilafah perkataan fmamah juga digunakan bagi maksud yang sama Menurut tbn. Khaldun al-khiiafah adalah "al-daulah aMslamiyyah" atau negara islam, Ini Ibn. Khaldun membahagikan poSitik kepada dua iaitu pertama politik dan pemerintahan akal. Ini disebut oleh beliau al-MuIk (kerajaan) atau daulah (negara). Kedua ialah politik dan pemerintahan syara’. Perkataan islarniyyah di sini adalah satu sifat khusus kepada perkataan daulah yang umum. Sifat itu setenjsnya membezakan politik Islam dan bukan Islam. (Hafidz AhdurrahmanNov. 2000 ha). 11).

Sehubungan dengan itu periantikan seorang pemimpin mesti ditakukan bagi menerajui khilafah. Daiarn sejarah politik Islam ia digelar khalifah. Dalam aspek kepimpinan , al-Quran mahu pun As-Sunnah tidak menghuraikannya secara terperinci. Kesedaran masyarakat Islam temadap tanggungjawab meiant^ pernimpin rnula tercefos selepas kewafatan Rasululiah saw, Lantaran itu satu perbincangan tentang masalah ini telah bertaku di "Saqifah Bani Sa'ad". Hasil paling penting daripada perhirnpunan ftu iaiah pembentukan sistem khalifah yang kernudian kekal diwarisi sehingga abad yang ke da puluh. Di situ yang dikemukakan beberapa teori kepimpinan. Terdapat sebilangan yang mencadangkan kepimpinan adalah hak ansar. Satu pihak lain menghujahkan ianya adalah hak muhajirin dan ada pula segolongan yang membangkrtkan keulungan kepimpinan Quraisy. Namun yang paling penting ialah para sahabat akhimya sepakat dan bersetuju bahawa Perlantikan khalifah mestilah berdasarkan pilihan ramai melalui proses "bai'ah". Secara tidak mereka ijma1 dalam menolak sistem politik warisan. (Mahmood Zuhdi Abdul Majid . Hal.5).

Dengan itu juga perlantikan seorang khalifah mestilah melalui method "Baiah". Oleh ttu jelaslah seseorang tidak akan menjadi khalifah sekiranya kaum muslimin sebagai pihak yang memilki kekuasaan tidak meyerahkan jawatan tersebut kepadanya. Kuasa perintahan seorang khalifah hanya akan sah apabila "akad bai'ah" telah berlaku dengan sempurna antara kedua-dua belah pihak. Proses bai'ah yang berlaku pada zaman khulafa al-rasyrdin diiihat tidak sama antara satu sama lain. Bai'ah terhadap Khalifah Abu Bakar dan Umar al-Khattab dilakukan oleh ahl al-hilli wa al-aqd dari kalangan kaum muslimin yang berada di Madinah sahaja. Semsa bai'ah khalifah Uthman Abdul Rahman bin 'Auf telah mengambil pendapat dari seluruh kaum muslimin di Madinah serta tidak hanya kepada ahl al-hilli wa al-aqd sahaja. Pada masa Khalifah 'Ali bin Abi Talib bai'ah cukup dilakukan oleh majoriti penduduk Madinah dan penduduk Kufah sahaja. (taqiyuddinal-Nabhaani, 2000 hal. 20-21).

Melalui peristiwa-peristiwa yang berlaku tersebut telah menjadi ijma' bagi para sahabat bahawa akad khalifah dapat diwujudkan oleh orang-orang yang mewakili kaum muslimin dalam hal pemerintahan kerana ahl al-hilli wa al-aqd dan sebahagian besar penduduk Madinah waktu itu di anggap mewakili majoriti umat tentang pemerintahan di seluruh wilayah daulah islamiyah (negara Islam) dengan sah, seluruh kaum muslimin wajib berbai'ah kepadanya sebagai bai'ah taat. (Taqiyuddin al-Nabahaani 2000 hal. 22).

Walaupun pemerintahan para sahabat menggunakan gelaran khalifah, riamun gelaran tersebut tidak mengikat umat Islam yang selepasnya. Walau apa pun sistem pemerintahan yang digunakan selagi mana pemerintah itu mengikut landasan-landasan syariat, ia tetap diakui sebagai mendirikan khilafah yang dikehendakhi oleh agama.

SISTEMPOUT1K ISLAM (Penekanan Kepada Konsep Siyasah Shar'iyyah)

Pendahuluan.
Sistem politik dalam Islam (al-Niiam al-Siyasffl al-lslam) yang membentuk sistem pemerintahan Islam pada dasarnya berteraskan ajaran-ajaran al-Quran dan Sunnah Rasul saw. Namun begitu memandangkan terdapat hanyak hukum-hukum mengenai hal ehwal pentadbiran dan pengurusan negara tidak disebut secara putus (qat'i) di dalam dua sumber ini, maka para fiihaqa' menggunakan ijtihad mereka dalam menanganinya. Penggunaan ijtihad dalam konteks ini dinamakan dengan "Siyasah Shar'iyyah"- Justeru "Siyasah Shar'iyyah" menjpakan sumber hukurn yang diaplikasikan dalam sistem politik dan pemerintahan secara merujuk kepada hukum-hukum yang boleh menerima perubahan (tidak qafi) selaras dengan Kaedah-kaedah Umum (al-Qawald al-amanah syariat serta Tujuan-tujuan Shari'at (Maqasid al-Shari'ah).

Defnisi Siyasah Shar'iyyah
Para fuhaqa' memberi pelbagai definisi seperti berikut:
Ibn Nujaym menyatakan, "la sesuatuyang diiakukan dengan pemerintah, kerana terdapat sesuatu kepentingan, meskipun tidak terdapat dalil juz'i mengenainya". lbn Uqayl (dari mazhab Hambali) mendifinfcikannya dengan, "Sesuatu perbuatan yang mendekatkan din manusia kepada mencapai kepentingan dan menjauhkan perosakan (fasad), meskipun ianya tidak ditentukan oleh Rasul dan diturunkan wahyu mengenainya'.

"Sementara itu al-lmam al-Syafi'e bilamana berbicara tentang "Siyasah Shar'iyyah" membuat ketentuan berikut. "Tiada siyasah meiainkan apa yang selari dengan syara'". Sehubungan dengan kenyataan al-Snafie ini ibn 'Uqayl menyatakan, "Bahawa apa yang dimaksudkan dengan meiainkan apa yang selari dengan syara1 itu ialah apa yang tidak bercanggah dengan syara', maka huraian itu adalah benar. Tetapi jika dimaksudkan dengannya "Tiada siayasah meiainkan apa yang disebutkan oleh syara', maka kenyataan ini adalah salah dan dengan itu juga ia mempersalahkan para sahabat kerana para Khulafe' al-Rashidin meiaksanakan pelbagai hukuman dengan berdasarkan kepada Siyasah Shar'iyyah al-Sunnah, Bahkan dapat diiihat nanti kedapatan di antaranya dari segi zahirnya bercanggah dengan nas-nas al-Quran dan al-Sunnah",

Selain dari itu terdapat pula ruhaqa' yang membataskan Siyasah Shar'iyyah kepada tindakan-tindakan perundangan yang di ambil oleh pemerintah dengan mengenakan hukuman yang keras dan bersifat deteren yang preventif bagi menghapuskan punca-punca fitnah dan perosakan. Antara mereka 'Ata al-Din al-Tarabulsi yang menyatakan, Siyasah Shar'iyyah iaiah suatu tindakan perundangan yang keras (Shar'un mughlazun)". Dalam hal al-Tarabulsi mungkiri merujuk kepada perlaksanaan beberapa hukum yang berkaitan dengan kesalahan-kesalahan nudud seperti minum arak seperti yang dilakukan oleh Umar ibnal-Khattabr.al..' Sementara itu fuhaqa1 mutakhhirin menyatakan ia adalah , "suatu nama yang diberikan kepada hukurrvhukum dan tindakan-tindakan untuk mengurus segala hal ehwal ummah dan kerajaan, perundangan, peradilan dan semua kuasa-kuasa eksekutif atau pentadbiran dan hubungan luar". Atau secara ringkasnya ia adalah "Tindakan-tindakan mengenai hal ehwl awam ummah yang dibuat untuk mencapai kepentingan (maslAllah) mereka".5

Perbezaan pendapat di kalangan fuhaqa' ini agak ketara disebabkan Siyasah Shar'iyyah tidak wuhjud sebagai cabang ilmu yang tersendiri melainkan selepas "Era ijtihad"yang membuatkan ilmu ini terpaksa melalui pelbagai tahap perkembangannya. Dari segi penggunaan pakainya terdapat pula para fuhaqa' yang ingin diperluaskannya oleh pemerinlah dalam hal ehwal perintah bagi mencapai kepentingan (maslAllah) ummah dengan tindakan-tindakan yang tidak bercanggah dengan prinsip-prinsip agama, meskipun tiada dalil khusus mengenainya:

Dari definisi yang diberikan jelas menunjukkan bahawa pengertian serta ruang lingkup aplikasi Siyasah Shar'iyyah amatlah luas bukan sekadar mengenai perlaksanaan hukum-hukum jenayah seperti hudud, qisas, dan ta'zir, malah mencakupi bidang-bidang pentadbiran, pemerintahan, penjndangan, kehakiman, politik, hubungan antarabangsa dan sebaginya. Dari sini juga dapat dirumuskan bahawa sesuatu perlaksanaan hukum itu perlu memenuhi tiga syarat berikut untuk dikategorikan sebagai Siyasah Shar'iyyah:

a. Keselariannya dengan roh syariat bersandarkan kepada kaeda-kaedah am (al-Qawa'id al-Kuliyyah) dan prinsip-prinsip umum (al-Mabdi1 al-'Ammah) yang tidak brubah mengikut peredaran masa dan perubahan tempat

b. Tidak bertentangan secara hakiki dengan mana-mana dalil-dalil syar"i tafsili (al-Adilah al-Shar'iyyah) yang disabitkan dan ditetapkan sebagai satu syariat (peraturan) urnum bagi manusia pada setiap ketika dan dalam apa juga keadaan.

c. Hendaklah Siyasah Shar'iyyah itu dapat merealisasikan prinsip-prinsip berikut: Al-Shura (Permasyuaratan), Al-Hurriyah (Kebebasan), al-Musawah (Persamaan), al-'Adalah (Keadilan) dan al-Mas'ufiyyah (Pertanggungjawaban atau Akauntabiliti).

Al-Shura (Pemasyuaratan).
Akar kata istilah 'Shura' adalah 'Shawara' bererti meminta dikeluarkan pandangan. Dari segi istilah ia bermaksud: Meninjau pandangan-pandangan dalam masalah 'am (yang ada kepentingan awam) di mana tidak terdapat nas yang sarih (terang-terangan) dan putus sama ada dari al-Quran atau al-Sunnah untuk mencapai kepada yang terbaik dan kemudian diikutinya (dipatuhi) dan dilaksanakannya),

Al-Shura disyariatkan oleh Allah swt dengan Firman Nya bermaksud, "Maka dengan sebab rahmat (yang mefimpah-limpah) dari Allah (kepadamu wahai Muhammad) engkau telah bersikap lemahlembut kepada mereka (sahabat-sahabat dan pengikutmu) dan kalaufah engkau bersikap kasar lagi keras hati, tentulah mereka itu lari dan kelilingmu. Oleh itu maqfkanlah mereka (mengenai kesalahan yang mereka lakukan terhadapmu) dan pohonkanlah ampun bagi mereka dan bermusyawarahlah dengan mereka dalam urusan (peperangan dan soal-soal keduniaan) itu. Kemudian apabila engkau telah berazam (putus bicara sesudah bermesyuarat untuk membuat sesuatu), maka bertawakallah kepada Nya". (All Imran: 1591

Ayat ini diturunkan dalam perang Uhud di mana Rasulullah saw berpandangan muslimin hendaklah mentap dalm Madinah mempertahankannya dari keluar bersemuka dengan tentera kuffar sepertimana pandangan pada sahabat

Perkembangan yang berlaku dalam perang Uhud ini menyebelahi pandangan Rasulullah saw. Walaupun begitu Allah swt mengarahkan nabinya memohon pengampunan ke atas para sahabatnya dan bermusyawarah dengan mereka, Justeru nas dalam bentuk beginl dan dalam suasana sedemikian menunjukkan yang ianya putus bahawa shura merupakan prinsip asasi dalam sistem pemerintahan Islam.6 Allah swt juga berfimnan maksudnya: "Dan jugs (iebih balk dan lebih kekal lagi) orang-orang yang menyahut dan menyambut pehntah TuhanNya serta mendirikan sembahyang dengan sempuma dan urusan mereka dijalankan secara bermasuarat sesama mereka dan mereka pula mendermakan sebahagian dari apayangKami benpadaNya". (Al-Shura: 38) Ayat ini merupakan ayat Makkiah sebelum tertegaknya negara Islam Madinah. Dengan ttu jelas menunjukkan bahawa Shura merupakan unsur keperibadian rnukmin yang sebenar. Bermakna solat merupakan tiang agama, maka shura adalah hati dan nadi bagi sistem politik Islam sepertimana zakat adalah tulang belakang sistem ekonominya.

Sementara itu Rasulullah saw telah melaksanakan Shura dalam banyak urusannya sehingga Abu Hurairah r.a ada berkata. 'Tidak pemah aku lihat seseorang yang begitu banyak bermusyawarah dengan para sahabatnya dari Nabi saw.

Sabda Rasulullah saw lagi kepada Abu Bakar dan Umar r.a maksudnya, "kalau kamu berdua bersepakat mengenai sesuatu perkara, nescaya kamu berdua tidak akan mengkhianatinya selama-Iarnanya jika ianya diputuskan secara musyawarah". Para sahabat juga tidak ketinggalan mengamalkan shura seperti contoh-contoh berikut; Musyawarah yang dibual di Saqifah Bani Sa'idah u.ntuk memilih pengganti

Rasulullah saw sebagai khalrfah.
Apa yang berlaku pada zaman 'Umar ibn al-Khattab bilamana berkumpul enam orang dari para sahabat untuk memilih salah seorang dari mereka sebagai khalifah.

Hukum Bermusyawarah
Para fuqaha' berselisih pendapat mengenai hukum syura atau bermusyawarah bertitik tolak dari intrepetasi yang berbeza tentang ayat syura iaitu; "Dan bermusyawarahlah dengan mereka dalam urusan (peperangan dan soal-soal keduniaan) itu:"

a. Sebahagian dari mereka menyatakan suruhan yang terdapat di dalamnya adalah wajib, bahkan sebab penurunannya (Sabab al-IMuzul) juga menguatkan lagi kedudukan wajibnya iaitu dituojnkan setelah kekalahan orang-orang Islam dalam peperangan Uhud.

b. Sebahagian yang lain pula menyatakan hukumnya hanya sekadar sunat sahaja, kerana RasuluMah saw tidak memerlukan kepada shura kerana memadai dengan wahyu yang diturunkan kepada baginda. Justeru ayat tersebut sekadar menguatkan hati dan jiwa para sahabat dan mengangkat .martabat mereka sahaja."

Pendapat golongan kedua ini disanggah. Jika dikatakan Rasulutlah saw tidak memerlukan kepada shura kerana memadai dengan wahyu, maka pendapat ini ditolak disebabkan syura adalah mengena perkara-perkara yang tidak diwahyukan. Tambahan pula dalam ehwal keduniaan yang bersifet ijtihadi memerlukan bermusyawarah. Bahkan jika diterima dakwaan yang mengatakan Rasulullah saw tidak perlu bermusyawarah, maka apakah kita juga tidak perlu bemusyawarah kerana ianya tidak menjadi sesuatu yang diamalkan oleh Rasulullah saw.

Ruanglingkup Shura
Shura merangkumi semua urusan negara dan pemerintahan. Namun perlu ditekankan di sini shura diperlukan dalam perkara-perkara besar yang memerlukan kejituan. Sementara hal ehwak rutin pentadbiran harian, maka ianya tidak memerlukan kepada shura. Oleh yang demikian shura terikat dengan dua perkara:

a. Tiada ruang shura dalam masalah-masalah yang terdapat nas qat'iyyat al-thubut (Pensabitannya putus) sama ada dari al-Quran atau sunnah yang sahih.

b. Tidak seharusnya para Ahli Majlis Shura membuat kesimpulan yang bercanggah dengan nas-nas syariat yang terdapat di dalam al-Quran dan al-Sunnah, kerana percanggahan ini mencegah dari diambil pakai pandangan yang dikeluarkan melalui Shura dan menjadikannya tidak bemilai.

Al-Huriyyah (Kebebasan).
Pembicaraan mengenai kebebasan selalunya dikaitkan dengan hak dan biasanya disebut hak dan kebebasan. Al-Shaykh Abu Zahrah menyatakan, "Kebebasan individu di dalam Islam tidak dapat digambarkan melainkan dalam keadaannya yang terikat (terbatas). Orang yang sebenar-benamya bebas ialah yang ketara pada dirinya erti dan makna keinsanan yang tinggi yang dapat mengawal dirinya dan menghadapkan dirinya kepada perkara-perkara utama dalam kehidupan. Dia tidak melampaui batas dan memberikan kepada orang lain apa yang diberikan kepada dirinya."

Asas-asas Kebebasan
Asas hak dan kebebasan dalam Islam adalah lahir dan 'Aqidah" Islamiyyah itu sendiri yang merangkumi setiap dan ajarannya. Disebabkan oleh manusia itu merupakan semulia-mulia makhluk di sisi Allah swt, maka Allah swt menganugerahkan kepada mereka hak-hak dan kebebasan temtu melebihi makhluk-makhluk lain. Justeru dapat dilihat misalnya ibadat di dalam Jslam dilakukan dengan keakuran dan kepatuhan secara sukarela (tanpa paksaan) dengan menggunakan hak beragama seseorang.

Ciri-Ciri Hak Dan Kebebasan.
1. Anugerah Allah swt
Hak dan kebebasan adalah anugerah Allah swt kepada makhluknya. Ia bukan pemberian manusia kepada kaum sejenisnya. Justeru itu ia diberi bilaman Dia menghendakhi dan ditarik batik bilamana Dia perlu berbuat demikian. Bahkan hak dan kebebasan ini merupakan hak-hak yang diperlakukan oleh Allah swt sejajar dengan fitrah kemanusiannya. Ia juga merupakan hak-hak yang tetap mengikut hukum tabie dan syariat, kerana Allah menganugerahkan kepada manusia hak untuk hidup, memberi kelebihan dan memuliakannya. Justeru dianugerahkan kepada manusia hak-hak dan kebebasan dan menjadikan iradahnya sebagai penentu kepada tindak tanduk dan perbuatannya dan dia juga bertanggungjawab ke atas iradahnya ini. irada merupakan penentu kepada kebebasan yang terikat dengan syariat. Syariat Islam memperakui pertanggungjawaban. Pertanggungjawaban tidak wujud tanpa adanya kebebasan-kebebasan untuk manusia. Memandangkan hak-hak dan kebebasan itu | anugerah Allah swt maka natijahnya ialah:

a, tanya memiliki elemen habyah, kemuliaan dan kequdusan sebagai jaminan ianya tidak dikuasai oleh pemerintah, kerana jika ranya dimansuhkan oleh pemerintah, maka dikira telah terkeluar dari syariat Allah dan justeru itu pemerintah tidak fagi memiiiki asas snarl untuk terus berkuasa.

b. Dengan ketentuan bahawa ianya adalah amugerah Allah swt, maka ianya juga memiliki ciri 'celupan' (Sibghah) agama dan dengan itu menjadikan penghormatan kepadanya berlaku secara sukareia lahir dari dafam jiwa manusia dan tertegak di atas dasar keimanan kepada Allah yang mensyariatkan hak-hak dan kebebasan ini. Dengan itu terjaminlah kepatuhan kepadanya dan terhindadah dari terkeluar darinya, meskipun seseorang itu berdaya berbuat begitu.

c. Hak-hak dan kebebasan ini tidak boleh digugurkan atau dimansuhkan. Jika ini ingin dllakukan, maka ia memeriukan kepada wahyu yang baru.

d Tidak beriaku pengabaian mana-mana pihak.Tidak berlaku penekanan kepada hak-hak individu dengan mengabaikan hak-hak masyarakat atau pengabaian hak masyarakat kerana kepentingan pemerintah.

2. Shumul dan Umum,
Hak-hak dan kebebasan ini shumul dalam ertikata merangkumi semua bentuk hak dan kebebasan sama ada yang dikenali sebagai hak dan kebebasan tradisional, kernasyarakatan dan ekononni. Umum puia bermaksud ianya meratai semua penduduk yang tunduk kepada sistem Islam tanpa perbezaan kerana wama kulit, bangsa, bahasa bahkan 'aqidah.

3- Sempurna Sejak Asal Dan Tidak Boleh Digugurkan
Hak dan kebebasan dalam Isiam adalah sebahagian dari syariat. Ia bercirikan sempuma sama dengan sifat mensyariatkannya iaitu Ailah swt yang bersifat "Kamal" (sempuma).

4. Tidak mutlak
la terikat dengan konsep tidak memudharatkan kepentingan masyarakat, Misainya hak perniiikan individu tidak mutiak ietapi terikat dengan kepentingan masyarakat, bukan sekadar ianya mengawasi, malah mengiktiraf, mengawal dan membuat

INSTITUSI KEKELUARGAAN DALAM ISLAM

Pendahuluan

Kedatangan Islam telah membawa suatu perubahan besar dan amat berkesan dalam sejarah kehidupan manusia, sama ada dari segi pegangan, akhlak dan peraturan kehidupan. Islam telah menggariskan peraturan untuk manusia, bertujuan menjadi pedoman bagi membina masyarakat kemanusian yang baru, yang berbeza dengan masyarakat jahiliyah dan agama-agama lain. Sesungguhnya menerusi sistemnya Islam telah menghapuskan setiap unsur jahiliyah, sekali gus menyeru manusia kepada kehidupan yang lebih teratur.

Di antara dasar-dasar yang menjadi tapak tegaknya mesyarakat Islam ialah sistem kekeluargaan. Kekeluargaan adalah asas dan sumber kekuatan masyarakat. Ini kerana masyarakat ini terdiri dari unit-unit keluarga. Menurut Dr. Abdul karin Zaidan keluarga umpama sel-sel yang membentuk tubuh. Jika keluarga baik, nescaya masyarakat pun akan menjadi baik, sebaliknya jika keluarga itu rosak maka masyarakat seluruhnya akan menjadi rosak. (Abdul karim, 1980:162)

Kekeluargaan menurut Kamus Dewan ialah yang berkaitan dengan keluarga atau hubungan sebagai anggota di dalam sesuatu keluarga, ianya berasaskan perhubungan keturunan atau disebabkan perkahwinan. Sesungguhnya yang dikatakan seisi keluarga adalah yang terdiri daripada suami isteri atau beserta anak-anak (Kamus Dewan, 1998: 620). Jelaslah bahawa pembinaan institusi keluarga mempunyai hubungkaitnya dengan perkahwinan. Memandangkan kepentingan inilah Islam telah mensyariatkan perkahwinan sebagai titik mula membina keluarga.

Perkahwinan Dalam Sejarah Manusia
Agama-agama wahyu memperakui bahawa perkahwinan pertama di kalangan manusia telah berlaku antara Adam a.s dan Hawa. Perkahwinan ini berlaku dengan suatu cara perhubungan yang dibenarkan oleh Allah Taala kepada mereka berdua. Ini merupakan suatu sistem perkahwinan yang disyariatkan bagi membiakkan manusia untuk meneroka bumi Allah dan mendudukinya buat sementara waktu. Firman Allah dalam Surah Al-Baqarah ayat 36 yang bermaksud; " dan bagi kamu ada tempat kediaman di bumi dan kesenangan hidup sampai waktu yang ditentukan"

Selain daripada Al-Quran dan ALHadis, di dalam Old Testement dan New Testement, turut menceritakan kejadian Adam dan Hawa sebagai pasangan yang pertama. Di dalam Taurat atau dikenali dengan perjanjian lama di bahagian permulaan kitab Bible di dapati beberapa ayat, di antaranya yang bermaksud "Tuhan telah berkata tidak baik Adam berkeseorangan sahaja, maka aku akan jadikan seorang penolong sepertinya". (Abdul Kadir, 1983:114)

Berkenaan dengan perkahwinan di kalangan anak-anak Adam sendiri tidaklah dapat kita mengetahui bagaimanakah sistemnya yang sebenamya. Di dalam Tafsirlbn Kathir ada nienyebutnya, apa yang diriwayatkan oleh Ibn Jarir daripada Ibn Mas’ud dari beberapa orang sahabat yang lain, bahawa mereka berkata yang bermaksud; "sesungguhnya tidak diperanakkan bagi Adam a.s anak lelaki melainkan diperanakkan besertanya anak perempuan, kemudian anak lelaki kandungan ini dikahwinkan dengan anak perempuan dan kandungan yang lain, dan anakperemuan bagi kandungan ini dikahwinkan dengan anak lelaki dan kandungan yang lain itu," Pada masa itu perkahwinan antara berlainan kandungan ini dijadikan sebagai perkahwinan berlainan keturunan, ini ilah kerana dharurat membenarkan. (Abd. Kadir, 1983; 114)

Bentuk Bentuk Perkahwinan Dalam Sejarah Manusia
Perkahwinan dalam sejarah manusia ada tiga bentuk utama, iaitu:
i) Poligami (Poligini), adalah perkahwinan lelaki dengan ramai wanita. Diamalkan oleh hampir semua bangsa di dunia ini. Mereka mengamalkan poligini tanpa had dan batas. Contonhya ada agama di negeri Cina yang membolehkan kahwin sampai 130 orang isteri. Pada syariat Yahudi, dibenarkan poIigamT tanpa batas. Bebcza dengan Islam hanya membenarkan poligani yang tidak melebihi em'pat orang isteri dengan syarat-syarat yang ketat.

ii) Poliandri ialah perkahwinan yang berlaku antara seoarang perempuan dengan beberapa orang lelaki. Perkahwinan bentuk ini sangat jarang berlaku berkecuali di Tibet, orang-orang bukit di India dan di Arab pada masa jahiliyah. Contohnya dalam masyarakat tradisi kaum Juansuwaris apabila saudara lelaki yang tua mengahwtni seorang wanita, maka wanita itu menjadi isteri untuk semua saudara-saudaranya. Amatan ini diaijuk kepada kitab Mahabhrata (Abdul GhaniAzmi, 1994; 18).

iii) Monogami, perkahwinan yang berlaku antara seorang lelaki dan seorang perempuan sahaja, Perkahwinan bentuk ini merupakan perkara biasa pada semua bangsa dan agama. Agama Kristian memandang perkahwinan itu adalah satu ikatan antara seorang lelaki dan seoarang wanita untuk sepanjang zaman, maka oleh kerana itu penceraian tidak diiktiraf sama sekali. Seorang lelaki hanya dibenarkan berkahwin sekali sahaja seumur hidup.

Perkahwinan dalam syariat Yahudi, membolehkan berpoligami tanpa batas, manakala syariat Masehi iaitu pada setengah Mazhab tidak membolehkan poligami dan tidak boleh bercerai. Contohnya pada mazhab Khatolik- Jika diperhatikan sisem perkahwinan tidak dapat dinafikan bahawa sistem perkahwinan Islam adalah lebih teratur dan menepati fitrah manusia itu sendiri. Setelah kedatangan Islam, peraturan-peraturan perkahwinan yang telah berlaku itu diperbaiktnya dengan dihapuskan mana-mana peraturan yang tidak bail, dikekalkan mana-mana yang baik, juga ditetapkan satu sistem barn yang lengkap dan sesuai bagi menjamin keselamatan dan kebahagian manusia. Firman Allah Taala dalam surah Al-Nisa’ ayat 3, yang bermaksud: " Maka berkahwinlah dengan sesiapa yang kamu berkenan dari perempuan -perempuan (lain) dua, tiga atau empat. Kemudianjika kamu bimbang tidak akan berlaku adil (di antara isteri-isteri kamu) maka (berkahwin dengan) seorang sahaja".

Islam sebagai satu agama fitrah, sesuai dengan tabiat semulajadi manusia, tidak bertentangan dengan kehendak-kehendak naluri mereka. Malah Islam sentiasa membuka peluang kepada mereka untuk mancapai nikmat-nikmat h'tiup dan keindahan manusia,
Manusia sering kali terlanjur dengan godaan hawa nafsu untuk melakukan kejahatan, juga sering melakukan perbuatan-peibuatan yang melanggar batas-batas kesopanan dan dasar-dasar akhlak yang mulia, justeru itu Islam secara bgik berusaha untuk menutup pintu-pintu kerosakan dan keburukan demi kebahagiaan kepada seluruh umat manusia manusia Ini jelas bolh dilihat kepada falsafah perkahwinan di dalam Islam.

Falsafah perkahwinan dalam Islam
Allah Taala mencipta manusia dan telah melengkapkan padanya beberapa kecenderungan atau naluri. Allah telah menurunkan berbagai syariat dan hukum yang menepati semua keperluan tersebut Di antaranya perkahwinan supaya kecenderungan atau naluri kepada jenis yang berlawanan (opposite sex) dapat disalurkan pada jalan yang diredhai Allah.

Pengertian perkahwinan
Perkahwinan atau nikah menurut bahasa ialah berkumpul dan bercampur. Menurut istilah syara' pula ialah ijab dan qabul ('aqad) yang menghalalkan persetubuhan antara laki-laki dan perempuan yang diucapkan dengan kata-kata yang menunjukkan nikah, menurut peraturan yang dftentukan oleh Islam (H. Idris Ahmad, 1983; jil.2, 54)

Perkataan zawaj digunakan dalam Al-Quran berrnaksud pasangan dalam penggunaannya perkataan ini berrnaksud perkahwinan. Allah Taala menjadikan manusia itu berpasang-pasangan, menghalalkan perkahwinan dan mengharamkan zina. Tidakkah krta melthat pada bumi, betapa banyak Allah jadikan benda yang beroasangan di atasnya. Firman Allah dalam Surah Yasin: 36 yang berrnaksud: "Maha suci Tuhan yang telah menciptakan berpasang-pasangan semuanya, baik dari apa yang ditumbuhnya oleh bumi dan dan din mereka, mahu pun dari apa yang mereka tidak ketahui" Ayat-ayat ialah surah al-Zariyat 49, Surah Luqman; 10, Surah Qaaf, 7, Surah Al-Syu'ara 7. Malah Al-Quran memberitahu kepada kita bahawa kita juga akan mempunyai pasangan dalam syurga, Firman Allah Surah Al-Baqarah ayat 25 berrnaksud; "dan untuk mereka di dalamnya ada isteri-isteri yang suci dan mereka kekal di dalamnya ".

Kedudukan perkahwinan dalam Islam
Sebagai rrtemperjelaskan lagi bagaimana Islam sangat menggalakkan perkahwinan, di mana dalam setengah-setengah keadaan Allah mewajibkan seseorang itu berkahwin. Hukum perkahwinan dalam Islam adalah seperti berikut (md. Hashim Yahya, 1986; 17):

i) Wajib. kepada orang yang nafsunya sangat kuat sehingga boleh menjatuhkan kelembah maksiat (zina dan sebagainya) sedangkan ia seorang yang mampu. Dalam masalah ini boleh didahulukan perkahwinan dan naik haji kalau takut terjatuh ke jembah zina, tetapi kalau tidak ditakuti hendakfah didahulukan haji yang wajib.

ii) Sunat, kepada orang yang mampu, tetapi aman dirinya dari terjatuh ke dalam zina, ini adalah hukum asal perkahwinan,

iii) Harus, kepada orang yang tidak ada padanya galakan atau tegahan yang tersebut

iv) Makruh, kepada orang yang tidak mampu memberi nafkah lahir dan batin,
tetapi sekadar yang tidak memberi kemudharatan kepada isteri, samada ia kaya dan tidak ada nafsu yang kuat

v) Haram, kepada orang yang tidak mampu memberi nafkah lahir dan batin kepada isterinya dan ia sendiri tidak berkuasa (lemah), tidak punya keinginan berkahwin serta akan teraniya isteri kalau ia berkahwin.

Hikmah-hikmah perkahwinan dalam Islam.
Perkahwinan dalam Islam mempunyai hikmat dan tujuannya yang tersendiri, di mana ianya bukan hanya bersifat biologis semat-mata, tetapi adalah lebih tinggi dan lebih mulia. Di antara tujuan atau hikmat perkahwinan menurut Syariat Islam ialah;

i) Untuk memperolehi ketenangan hidup
Pada hakikatnya Islam membentuk kaedah bagi mengatur fungsi kekeluargaant supaya pasangan suami isteri dapat memperolehf ketenangan, kasih sayang, ketenteraman dan seumpamanya. Sesungguhnya cinta yang sebenamya antara lelaki dan wanita hanya akan lahir dari perkahwinan. Firman Allah Taala dalam surah Al-rum ayat21 yang bermaksud: "Dan di antara tanda-tanda membuktika kekuasaahNya dan rahmatNya, bahawa ia menciptakan untuk kamu (wahai kaum lelaki), isteri-isteri dari jenis kamu sendiri supaya kamti bersenang hati dan hidup mesra dengannya, dan diladikanNya di antara kamu (suami isteri) perasaan kasih sayang belas kasihan. Sesungguhnya yang demekian itu mengandungi keterangan (yang menimbulkan kesedaran) bagi orang-orang berfikir"

Di dalam tafsir Fi Zilal al-Quran yang dimaksudkan kasih sayang (mawaddah) dan kasihan belas (rahmah) ialah menjadikan hubungan suami isteri itu sebagai sumber ketenangan kepada jiwa, memberi kekuatan jasmani dan rohani, serta kemesraan hati nurani dan kenteteraman kepada kedua-duanya. Penjelasan al-Quran yang lemah lembut menggambarkan hubungan lelaki dan perempuan ini dengan gambaran yang amat menarik seolah-oleh gambaran itu diambil dari lubuk hati dan perasaan kedua-duanya (Sayyid Qutb, 2000:458)

Selain daripada itu perasaan keibubapaan juga boleh memberi ketenangan dan kebahgiaan manusia, seperti yang digambarkan oleh at-Quran Surah Al-Furqan ayat 74 yang bermaksud; " Tuhan kami, kurniakanlah kepada kami dari isteri-isteri dan keturunan kami sebagai penyenanghati (kami), danjajdikanlah kami iman bagi orang-orangyang bertakwa".

ii)Memelihara kesucian diri.
Manusia mempunyai naluri seks, naluri ini biasanya menjerumuskan manusia ke dalam maksiat yang merosakkan kehormatan diri. Keinginan seks ini hanya akan dapat dibendung melalut perkahwinan. Hadis Rasulullah SAW yang bermaksud; "Wahai gotongan pemuda, barang siapa di antara kamu yang mampu kahwin maka hendaklah ia kahwin kerana kahwin itu dapat memmdukkan pandangan mata dan lebih mampu dapat mengekang nafsu dan barangslapa yang tidak mampu berkahwin, maka hendaktah ia berpuasa kerana puasa itu dapat mengekang hawa nafsu", (Hadis riwayat al-Bukhari, Abu Daud, al-Tamizi dan an-Nasai.)

iii) Melaksanakan salah satu tuntutan syan'at
Syariat Islam adalah syariat yang syumul, rasional dan selaras dengan tabiat manusia. Ia bertujuan untuk menjaga maslahat manusia di dunia dan di akhirat. Perkahwinan di antara tujuannya adalah untuk menyempumakan tujuan manusia diciptakan iartu beribadat kepada Allah Taala. Konsep ibadat sangat luas, setiap usaha harian, malah setfap perkataan dan perbuatan yang baik temnasuklah hubungan suami isteri itu sendiri adalah ibadah bagi orang-orang yang berenan kepada Allah.

Pada zaman Nabi SAW terdapat sebahagian sahabat yang cenderung untuk hidup dengan cara kerahiban. Mereka ingin mengasingkan diri dari masyarakat untuk memdahkan beribadah dengan berpuasa di siang hari, qiyam pada malam hari di samping menjauhi wanita. Lantas Nabi mengumpulkan mereka dan memberi nasihat secara tegas dengan sabdanya yang bermaksud: " Aku adalah orang yang paling takut kepada Allah di antara kamu sekalian dan paling bertakwa kepada hfya, akan tetapi aku berpuasa dan berbuka, aku bangun dan tidur dan aku menikahi wanita. Barangsiapa yang tidak menyukai sunnnahku, maka dia bukanlah dari gobnganku" (ffiwayat at-Bukhari)

iv) Menjaga keturunan - Perkahwinan merupakan sebaik-baik jalan untuk memelihara dan mengembangkan keturunan yang suci. Firman Allah dalam Surah aLNahl ayat 72 yang bermaksud; "Dan Allah telah menjadikan bagi kamu isteri daripada diri (jenis) kamu sendiri dan ia menjadikan bagi kamu dari isteri-isteri kamu anak-anak dan cucu ".

Sesungguhnya keturunan yang baik adalah merupakan saham yang tidak akan putus pahaianya sehingga akhirat Sabda Rasulullah SAW yang bermaksud; Bila matiseorang anakAdam putuslah amalannya, melainkan tiga perkara, sedekah atau ilmu yang dimnafaatkan dengannya atau anak yang soleh yang sentiasa nendoakannya. "

v) Sebagai media pendidikan
Islam begitu teliti dalam menyediakan persekrtaran yang sihat bagi membesarkan anak-anak. Rumahtangga yang tegak dari perkahwinan yang bahagia merupakan media yang paling penting. Di rumah anak-anak diasuh dan dididik oleh pendidik yang paling mulia iaitu ibu dan bapanya. Melahirkan anak lalu mengabikannya adalah suatu jenayah terhadap keluarga dan masyarakat. Kanak-kanak yang membesar tanpa didikan dari kedua ibu bapanya dan tidak diajar dengan cara hidup Islam, apabila besar nanti akan menimbulkan banyak masalah kepada masyarakat. Selain daripada itu bagaimanakah kita boleh mengharapkan anak-anak membesar dengan memiliki keperibadian yang mulia (bertaqwa) tanpa wujudnya kehidupan berkeluarga yang teratur seperti yang digariskan oleh Islam.

vi) Mengujudkan kerjasama dan tanggungjawab Islam menekankan konsep tulennya keluarga dan peranan lelaki dan wari'rfa, terutama peranan mereka terhadap anak-anak. Lelaki atau suami dipertanggungjawabkab dengan fungsi untuk memberi nafkah, perlindungan, menguruskan hal ehwal luar dan bertindak sebagai pemimpin dalam keluarga. Wanita atau isteri pula diamanahkan menjaga dan mengasuh anak, mengujudkan suasana kasrrr-sayang dalam keluarganya. Dalam syariat Islam, isteri tidak dipaksa bekerja untuk mencari nafkah dan juga tidak dilarang bekerja selagi mana mereke dapat menjaga maruah, keadaan yang wajar (tidak menimbulkan fitnah) serta mendapat keizinan suami

vii) Dapat menghubungkan silaturrahim.
Perkahwinan merupakan satu tali yang kukuh dan yang menghubungkan antara seorang lelaki dengan wanita dan sekaligus akan menyatukan keluarga suami dan keluarga isteri menjadi satu keluarga besar yang saling kasih mengasihi antara satu sama lain. Kasih sayang yang lahir dari kedua-dua suami dan isteri itu akan lebih meluas sehingga meliputi keluarga masing-masing.

Dengan demikian akan timbul rasa kecintaan dan saling bantu membantu antara satu keluarga dengan yang lain. Hubungan silaturrahim bukan sahaja dapat dirasai oleh keluarga, malah masyarakat dan seluruh manusia amnya

Penolakan Konsep Rahbaniyyah (kependetaan)
Pengertian al-rahbaniyah

Perkataan "rahbaniyah" ialah kerahiban atau kependetaan, atau kehidupan paderi (Kamus al-Munawwir, 1984: 576). Ianya bermaksud tidak beristeri atau tidak bersuami dan mengurung diri dalam biara.

Sikap Islam berbeza, di mana Islam berpendiriari tidak ada perlepasan keinginan seksual secara bebas tanpa ada ikatan dan menentang hidup membujang dan kebiri. Justeru itu dalam Islam adanya konsep (Al-Damdawi, 1984: 232)

Di dalam Isiam membujang tidak dianggap sebagai satu etika atau cara bagi mendekatkan diri kepada Allah seperti di lakukan dalam agama Kristian, Buddha dan sebagainya. Contohnya dalam agama Buddha ada menyebutkan bahawa tiga perkara harus dimiliki oieh seorang sami ialah kefakiran, ketabahan dan keianjangan (membujang). Mengikut agarna Buddha, jika seseorang mahu membebaskan dirinya daripada nafsu duniawi dan keperluan jasmaniah maka ia akan sampai kepada hakikat diri yang sebenarnya dan dapatlah ia rnasuk ke dalam Nirvana (H.O K.Rahmat, 1979: 255). Begitulah juga dalam ajaran Kristian yang menganggap kehidupan membujang adalah hidup bagi para rahib.

Rahbaniyah pada ajaran kristian.
Dalam agama kristian ada ajaran yang menggalakkan penganutnya mengamalkan hidup tanpa kahwin. Sejak abad ke 5 lagi, orang begitu kagum dengan gofongan paderi tetap membujang seumur hidup dan sekiranya golongan paderi ingin dihormati dan mengekalkan kuasa mereka, amatiah berfaedah sekiranya mereka memisahkan diri mereka dari orang biasa dengan cara menjauhi sama sekali perkahwinan. Bagi goiongan pembaharu, percaya bahawa paderi yang berkahwin itu waiaupun tidak berdosa lebih rendah tarafnya dari yang tidak berkahwin. Kerana berkahwin menunjukkan tunduk kepada nafsu. Saint Paul berkata, : "sekiranya mereka tidak boleh tahan, biarlah mereka berkahwin, akan tetapi seseorang yang benar-benar suci mesti sanggup menahan diri dari berkahwin". Oleh yang demikian taraf tidak kahwin di kaiangan paderi mustahil bagi memelihara kewibawaan moral gereja (Russell Bertrand, 1993:494)

Mengikut ajaran kristian amalan tidak berkahwin adalah yang terbaik, tetapi perkahwinan dibenarkan bagi mereka yang tidak upaya melakukannya. Kata-kata St. Paul yang dipetik oleh Abdul Rahim Idoi menjelaskan bahawa dengan tidak berkahwin seseorang itu dapat memberi ketaatan yang tidak berbelah bagi kepada tuhan. (Abdul Rahim, 1995:154).

Akibat dari menolak perkahwinan, banyak kes paderi membuat hubungan sulit di kalangan paderi lelaki dan perempuan untuk memenuhi tuntutan fitrah semulajadi mereka. Di samping itu keruntuhan sosiai dan moral berada di tahap kemuncak kerana undang-undang kerahiban ini (Fauziah, 1996:17).

Menolak perkahwinan atas alasan kerja
Selain daripada golongan paderi dan sami yang menotak perkahwinan, terdapat juga orang lelaki dan wanita yang menolak perkahwinan atas alasan kerjaya. Di zaman teknologi hari ini golongan muda samada lelaki dan perempuan terdorong untuk hidup senang dan menikmati hidup sepuas-puasnya dan mencapai kejayaan.

Pada anggapan mereka untuk mencapai kejayaan dalam bidang-bidang yang diceburi dan dapat kecemerlangan dalam kerjaya mereka tidak perlu berkahwin dan mempunyai keluarga. Sekalipun pada lahirnya golongan ini kelihatan hebat dan hidup sendirian tanpa bergantung kepada orang lain, namun mereka tidak dapat mengelak dari kesunyian dan kekosongan hidup yang akhimya akan terdorong kepada perbuatan-perbuatan keji.

Penolakan Konsep ibahiyah

Pengertian tbahiyah
Istilah ibahiyah diambil dari kata dengan maksud membolehkan (Karnus aJ-Munawwir, 1984: 127). Oleh itu Ibahiyah membawa maksud membolehkan atau kebebasan tanpa batas ialah bermuta dengan pergaulan seks bebas, homoseksuat, lesbian dan sebagainya. Gejala seumpama ini mucul akibat dari sikap mereka menolak terhadap institusi perkahwinan itu sendiri.

Pergaulan bebas.
Pendirian Islam, pertemuan lelaki dan wanita pada asasnya tidak diharamkan, sebaliknya ia adalah harus atau dituntut jika menjurus ke arah matlamat yang mulia. Seperti mencari ilmu yang bermanafaat, amal soleh, perkara kebajikan, jihad dan perkara-perkara lain yang wemerlukan pengembelingan tenaga antara kedua-duanya untuk merancang, memberi pandangan dan perlaksanaan. Inilah yang dikatakan sebagai percampuran yang disyariatkan (al-Qardhawi,2000:518)

Namun setelah meluasnya arus pemikjran barat dan seruan kebebasan wanita yang seluas-luasnya, berlakulah pada hari ini dikatakan pergaulan bebas. Setelah berlamunya ledakan kebebasan pergaulan antara lelaki dan wanita telah muncul hari ini pelbagai masalah sosial antara yang digariskan oleh al-Qardhawi ialah;

i) Keruntuhan akhlak
ii) Wujudnya anak-anak yang tidak sah taraf
iii) Merebaknya pelbagai penyakit kronik
iv) Banyaknya terdapat andartu serta lelaki yang tidak berkahwin
v) Beriakunya keruntuhan rumahtangga kerana punca-punca yang remeh

Amalan seks bebas
Seruan dan ajakan kepada pembebasan diri dari nilai-nilai tradisi dan keagamaan begitu menular hari ini. Ini mendorong masyarakat terutama sekali di Barat untuk memilih cara hidup 'hidonistik' iaitu kehidupan yang mementingkan keseronokan dan tidak terikat dengan rumahtangga dan berkeluarga. Di sini mereka bebas dari ikatan perkahwinan dan tanggungjawab juga kesan daripada penceraian yang buruk, jika perkahwinan itu tidak membawa kebahagiaan bagi suami isteri tersebut.

Oleh itu lelaki dan wanita lebih memilih untuk hidup bersama selama mana mereka masih suka dan mereka akan berpisah bila mana tidak ada kesesuaian lagi, tanpa adanya sebarang komitmen pada undang-undang dan akhlak. Kehidupan lelaki dan wanita tanpa ikatan perkahwinan adalah satu kehidupan yang telah diterima di Barat kini. Masyarakat Barat juga tidak menganggap salah lelaki dan perempuan bersetuju untuk tinggal bersama walaupun belum menjadi suami isteri.

Keadaan ini bukan hanya berlaku di Barat bahkan ia telah mula meresapi ke dalam masyarakat lain bahkan masyarakat Islam itu sendiri. Ini boleh dilihat kepada beberapa masalah sosial yang berlaku. Di antaranya pembuangan bayi dan pengguran kandungan. Sebagai contoh apa yang berlaku di Singapura.

Menurut perangkaan Kementerian Kesihatan Singapura (MOH) sebanyak 18.7 peratus daripada 13,753 kes pengguran kandungan yang dilakukan di Singapura pada tahun 1999 melibatkan wanita Melayullslam. Menurut MOH lagi hampir 41 peratus pengguran semua kaum melibatkan golongan yang belum berkahwin, janda dan berpisah dengan suami. Difahamkan juga rata-rata kes pengguguran ini dilakukan untuk menutup malu atas keterlanjuran mereka (Tamadun Mac 2001).

Homoseksual Dan Lesbian
Pasangan homoseksual dan lesbian adalah terdiri daripada pasangan lelaki dengan lelaki atau perempuan dengan perempuan. Mereka menjaiani kehidupan seharian mereka sebagai suami isteri. Bentuk perkahwinan seperti ini telah dibenatkan oleh undang-undang di beberapa buah negara di Barat. Bahkan mereka telah diraikan oleh sebahagian dari gereja dan dinikahkan oleh paderi mereka (af-Qardhawi, 1999; 63),

Manakala Malaysia pula, ada pertubuhan seperti Human Rights Watch bagi Asia yang menyeru supaya Malaysia menghalalkan homoseksualiti dan lesbian. Ini boleh didapati dalam artikel-artikel di Intemet yang menyeai orang ramai supaya menerima amalan tersebut. Di antaranya artikel yang bertajuk "Homosexuality is not a sin " yang ditulis oleh seseorang yang mendakwa dirinya seorang gay muslim. Penulis tersebut telah memperturunkan hujah-hujahnya jika dilihat secara sepintas talu ianya boleh meyakinkan orang ramai. (http://wwwjkim-gov.mylisu43.htm).

Begitulah juga dalam satu artike) Akhbar (The Star 26 Met, 1998) pemah melaporkan semasa periancaran Women's Agenda For Change', Avy Joseph ada menyebutkan bahawa kita perlu membenarkan lesbianisrna sebagai tanda kita sebuah masyarakat yang toleraa

Amalan di atas adalah suatu yang bertentangan dengan fitrah manusia dan ajaran agama. Ianya juga meaipakan perlakuan umat Nabi Lut dahulu, di dalam al-Quran surah al-Araf ayat 81 yang bermaksud; "Sesungguhnya kamu menandatangani lelaki untuk melepaskan nafsumu (kepada mereka) bukan kepada wanita, malah kamu hi adalah kaum yang melampau batas".

Jelaslah daripada ayat di atas, Allah menceritakan-bagaimana keinginan mernuaskan nafsu sesarna lelaki dan meninggalkan perempuan merupakan sesuatu yang melampau batas.

Kesimpulan
Keseluruhan perbincangan di atas jelaslah kepada kesyumulan ajaran Islam yang meliputi keperluan dan keinginan naluri fitrah manusia itu sendiri. Tegasnya Islam menentang sikap mereka yang mengharamkan yang halal dan menghalalkan yang haram contohnya ialah sikap mengekang nafsu daripada berkahwin (rahbaniyah) dan sikap terlampau menurut hawa nafsu atas dasar kebebasan individu sepenuhnya.

Di barat mereka menyangka dengan menghalakan pergaulan bebas, ianya telah mengembalikan kedudukan wanita sebagai manusia. Maka muncul perjuangan yang berbentuk feminisme yang radikal yang memperjuangkan persamaan hak total antara lelaki dan wanita.

Selain daripada faklur lain yang tuart menghancuikan institusi keluarga hari ini ialah sikap masyarakat yang mementingkan meterialisama. Pengaruh materialisma tuart melanda masyarakat Islam dengan munculnya sikap sesetengah lelaki dan wanita Islam menotak perkahwinan itu kerana mementingkan kerjaya padahal dalam rnasa yang sama mereka tidak dapat mengwal nafsu mereka daripada melakukan perkara-perkara yang dilarang oleh Islam. Justeru itu satu-satunya penyelesaian yang Islam berikan kepada umat manusia dalam mengatasi masalah ini ialah mensyariatkan perkahwinan. Oleh kerana perkahwinan itu adalah salah satu bahagian dari syariat Islam yang ditetapkan oleh Allah Taala RasuINya, maka penghayatan dan perlaksanaannya merupakan satu ibadah kepada Allah Taala,

Falsafah Perkahwinan Dalam Islam
Firman Allah SWT. "Makssud Allah yang menjadikan kejadian semua benpasangan dan sesuatuyang tumbuh di bumi, dari mereka (manusia) dan dari sesuatuyang mereka tiada mengetahui- "(Yaasin: 36)

Jika kita perhatikan kejadian di langit dan di bumi, jelas menampakkan kebenaran ayat ini. Setiap yang kita saksikan ada pasangannya, Keadaan tanah di bumi, tidak sama rata semuanya, bahkan dijadikan berpasangan antara tinggi dan rendah. Di suatu kawasan penuh dengan tumbuhan menghijau. Di kawasan yang lain berpadang pasir. Daratan berpasangan dengan lautan. Pokok-pokok yang meliputi bumi ini ada yang jantan dan betina. Kemudian Ailah jadikan pula malam berpasangan dengan siang meliputi alam ini. Binatang-binatang yang hidup di daratan dan di lautan juga berpasangan jantan dan betinanya. Demikian pula manusia. Atom yang sangat haius yang tidak dapat dilihat dengan pandangan mala dan terdiri dari komponen-kornponen yang berpasang-pasangan,

Jika kita bertanya apakah hikmat Allah SWT. menjadikan berbagAl-bagai jenis kejadian ini dalam keadaan berpasangan? Kita sudah tentu dapat memahaminya dengan mudah. Cuba kita bayangkan bagaimana keadaan alam ini sekiranya ia sentiasa dalam keadaan malam, bumi berkeadaan pamah, semuanya berpadang pasir Manusia semuanya lelaki atau semuanya perempuan. Keadaan dunia seperti ini tentu membosankan dan kejadian ini tidak melahirkan keturunan, Manusia akan hapus dalam jangka waktu yang singkat. Dengan adanya pasangaa dunia kelihatan indah dan sesungguhnya kejadian Allah SWT. ini sangat indah.

Lelaki Dan Perempuan Dalam Kejadian Manusia
n memberikan sedikit peihatian kepada kejadian aJam ini, anda pasti mengerti mengapa anda dijadikan lelaki atau perempuan. Kedua-duanya dari acuan yang sama iaitu manusia yang dibentuk dari unsur-unsur kernanusiaan. Tetapi yang satunya berwatak keras dan yang satu lagi lemah gemalai. Gerak langkah melambangkan kekuatan-dan gerak langkah wanita melambangkatj keindahan. Sifat-sifat tersendiri yang ada pada lelaki dan wanita itu menunjukkan bahawa kekuatan lelaki dijadikan sebagai pelindung kecantikan wanita.
Betapa indahnya kehidupan manusia ini dengan adanya pasangan di dalam kejadiannya. Betapa jemu dan bosan kehidupan ini jika yang menjadi penghuni alam lelaki semuanya, atau perempuan semuanya. Jadi, kejadian berpasangan antara telaki dan perempuan it merupakan ramuan yang mengsndahkan kehidupan. Allah S.WT. berfirman: "DI antara tanda-tanda kebesaran-Nya ia menjadikan untuk kamu pasangan dan jenis kamu sendiri untuk kamu tinggal tenteram di sampingnya dan dijadikan di antara kamu kasih sayang dan feelas kasshan. Semuanya itu menjadi tanda-tanda bagl orang-orang yang berfikir. " (ar-Ruum:21)

Kejadian berpasangan juga sebagai saluran untuk menemskan keturunan manusia.AIiah S,WT. berfirman: "Wahai manusia bertakwalah kepada Tuhan kamu yang menjadikan kamu semua dan jiwa yang satu dan dijadikan daripadanya pasangannya dan berkembang dahpada keduanya banyak felaki dan pertmpuan... "(An-Nisa1: 1)

Dengan keterangan di atas jelas sekali hikmatallah menjadikan manusia dari lelaki dan wanita, pertama untuk memperindahkan kehidupan manusia itu sendiri. Kedua untuk mengekalkan ketuninan manusia di dalam jangka waktu yang panjang sehingga Allah SWT. menentukan berakhimya sejarah manusia di bumi ini. Ini semuanya adalah rahmat Allah S.WT. kepada manusia yang diamanahkan untuk mengendalikan ulusan di bumi sebagai khalifan-Nya.

Mengapa Berkahwin
Manusia akan menghadapi berbagai kepincangan sekiranya pergaulan lelaki dan wanita tidak diatur dan disusun mengikut peraturan tertentu. Tajuan perkahwinan ialah menyusun pergautan antara lelaki dan wanita supaya dapat mewujudkan suasana kasih sayang yang memperindahkan kehidupan. Tanpa penyusunan yang rapi di dalam peigaulan di antara lelaki dan wanita, kepincangan tidak dapat dielakkan. Kerana itu, perkahwinan disyariatkan. Dalam perkahwinan, ditentukan kewajipan-kewajipan dan peraturan-peraturan yang akan membawa kebahagiaan kepada pasangan yang mematuhinya. Sebahknya jika peraturan-peraturan itu tidak dipatuhi, sama ada kerana kejahilan atau sengaja mengingkarinya, pasangan itu sentiasa dilanda arus yang menjadikan suasana hidup mereka tidak tenteram.

Membentuk Keluarga
Peraturan yang ditetapkan itu, menentukan pembentukan keluarga di dalam satu institusi masyarakat yang dinamakan rumahtangga. Rumahtangga adalah tahap pertama pembentukan masyarakat. Sebagaimana masyarakat yang besar memerlukan penyusunan yang rapi, begitulah juga masyarakat lumahtangga memerlukan penyusunan. Pembentukan rumahtangga secara bersekedudukan bebas tanpa perkahwinan dan perlindungan undang-undang melambangkan suatu pembentukan rumahtangga yang tidak tersusun. Ia akan berkembang menjadi belukar dan hutan belantara yang hidup di dalamnya binatang-binatang buas. Hak-hak suami isteri tidak dapat dibela dan diberi keadilan di dalam kehidupan seumpama ini.

Sebaliknya, rumahtangga yang dibentuk meneiusi perkahwinan yang tertakluk kepada peraturan-peraturan tertentu yang lengkap dan sempuma, akan menjadi seperti pohon-pohon yang ditanam secara tersusun. jika pohon-pohon ini terus dipelihara, ia kekal menjadi taman indah yang menyegarkan kehidupan. Demikianlah hamya sebuah rumahtangga yang diikat dengan perkahwinan akan menjadi tempat yang paling indah dalam kehidupan dan kebisingan anak-anak meniadi seperti siulan burung-burung di taman yang indah.

Rumahtangga Sebagai Masyarakat Kecil
Mendirikan rumahtangga dalam Islam bukan ulusan individu seperti yang difahami dalam kehidupan bangsa lain terutama bangsa Barat. Rumahtangga dalam Islam merupakan bahagian penting masyarakat dan masyarakat mempunyai tanggungjawab dalam pembentukan keluarga.

Falsafah Perkahwinan Dalam Islam
Oleh kerana perkahwinan adalah perkembangan daripada keluarga yang sedia ada dan hubungan antara keluarga baru dan yang sedia ada wajib diperfeguhkan dan oleh kerana keluarga baru itu sebahagian daripada rnasyarakat yang boleh mempenganjhi keadaan baik bunjk masyarakat, maka perkahwinan yang tidak menghormati masyarakat, seperti kahwin lari, tangkap basah dan lain-lauv sangat dikeji oleh Islam, melainkan di dalarn keadaan-keadaan tertentu, di mana pemerintah boleh menggantikan tempat sebagai wali bagi menggantikan wall daripada keluarga si isteri.

Prinsip Pembentukan Keluarga Islam
Sebagai Nizamul Hayah (peraturan hidup) yang syamii (lengkap) dan sempuma, yang merangkumi pembentukan masyarakat yang sejahtera, Islam telah menetapkan peraturan peraturan perkahwinan dan perjalanan keluarga dengan sempuma. Peraturan ini tidak hanya berbentuk undang-undang tetapi juga menerusi pembentukan rasa tanggung-jawab dan menghormati nilai-nilai akhlak yang dibina menerusi kesedaran beragama yang dtpupuk menerusi pendidikan. Kesempumaan undang-undang yang mengawal perjaSanan keluarga tidak mencukupi bagi menjarnin ketenteraman keluarga itu. Keluarga mesti disusun dan dikawal oleh rasa tanggungjawab dan menghormati nilai-nilar akhlak Isfamiyyah. Rasa tanggungjawab dan menghormati nilai-nilai akhlak itu hanya akan berkembang subur di kalangan orang-orang yang mempunyai kesedaran keagamaan. Kesedaran keagamaan yang terpenling ialah apabila seseorang itu sentiasa mengingatiallah S-WT. dan takut kepada-Nya.

Kesedaran ini merupakan kawalan berkesan untuk seseorang mernatuhi undang-undang dan peraturan yang ditetapkan. Tanpa kesedaran ini peraturan yang sempuma tidak memberl banyak kesan, kerana orang yang tidak dapat mengawal dirinya dengan kesedarannya terhadap wujudnya Allah SWT. dan takut kepada-Nya, akan dengan mudah melanggar undang-undang dan peraturan itu. Apabifa undang-undang tidak dihormati, ia tidak berrnakna lagiwalau bagaimana sempumapun undang-undang itu.

Dalam menyusun keluarga yang tenteram dan sejahtera, Islam berpandu kepada dua prinsip.
1. Didikan yang mengukuhkan kesedaran beragama (di dalamnya disuburkan perasaan taat kepada Allah, tidak menganiaya sesarna manusia, befas kasihan, bertimbang rasa dan lain-lain)
2- Undang-undang dan peraturan yang menentukan kewajipan, hubungan antara suami isteri, kewaiipan terhadap anak-anak, nafkah, peraturan jika berlaku perselisihan dan penceraian dan sebagainya

Kepincangan dan kegelisahan yang banyak berlaku di dalam keluarga Islam hari ini adalah kerana pembentukannya tkJak sangat memenuhi kehendak-kehendak Islam. Selain daripada kurangnya asas-asas keagamaan, pasangan suami isteri pula jahil tentang hukum-hukurn yang berkaftan dengan hubungan antara mereka, dan tanggungjawab keduanya terhadap anak-anak.

Peraturan Mencari jodoh
Sebelum sesebuah keluarga dibentuk, Islam telah menetapkan terlebih dahulu pertimbangan dalam men can pasangan dengan tujuan menjamin kesejahteraan. Rasulullah SAW. tnelarang kecantikan dan kekayaan menjadi ukuran penting di dalam memilih isteri, tetapi hendaklah memilih yang berpegang kepada agama. Sabda baginda yang bermaksud: "Janganlah mengahwini wanfta-wanita kerana kecantikan. Mungkin kecantikan liu memburukkan hidup. Jangan mengahwini mereka kerana harta, mungkin harta itu menyebabkan kezaliman mereka. Tetapi kahwinilah mereka atas dasar agama. Seorang sahayayang Mam, berbibir tebalyang beragama adalah lebih baik" (Diriwayatkan oleh Ibn Majah),

Begitu juga bagi seorang wanita, Janganlah menjadikan pangkat dan harta sebagai pertimbangan asasi di dalam memilih suami, kerana pangkat dan harta tanpa akhlak dan agama menjadi punca fttnah yang akan merosakkan kehidupan rumahtangga.

Keturunan Dan Kufu'
Salah satu asas pertimbangan, selain daripada keagamaan seperti yang telah dijelaskan sebelum ini, ialah keturunan bakal isteri itu. Aspek yang penting yang hendak ditinjau ialah dari segi kesihatan dan keadaan hidup keluarga. Dari .segi kesihatan, perlu dikaji sama ada bakaL isteri dan suami mempunyai keluarga yang mempunyai penyakit keturunan. Ini tidak bermakna wanita yang mempunyai keluarga yang beipenyakit tidak boleh dikahwini dan dipandang hina. Bahkan apa yang dimaksudkan di sini ialah ketehtian di dalam membentuk keluarga yang mahu mencapal peringkat yang ideal.

Demikian juga perlu ditinjau aspek keadaan hidup keluarga bakal isteri, saina ada berpegang teguh kepada agama dan akhlak atau tidak. Keadaan dan suasana rumahtangga ibu bapa, sudah tentu mempengaruhi kehidupan anaknya. Sekiranya bakal suami isteri itu daripada keluarga yang tidak menghormati agama dan akhlak, sudah tentu sukar untuk membentuk suasana yang sesuai dengan kehendak Islam -dalam keluarga lersebut.

Satu masalah lagi yang menjadi tanda tanya ialah perkahwinan sekufu atau setaraf. Adakah Islam mengakui suami isteri itu bertaraf-taraf. Jawapannya ya. Taraf ini diukur dari darjat kehidupan. Tentulah tidak sama orang berilmu dengan orang yang tidak berilmu, orang yang suka berpoya-poya dan berbuat maksiat dengan orang yang warak. Dari aspek inilah Islam melihat adanya perbezaan hidup manusia. Walaupun begitu dari segi nilai kemanusiaan, manusia itu sama. Manusia yang jahat pun, dari sudut peri kemanusiaan, perlu diberi pertolongan dan dihormati sebagai manusia. Dari semua perbezaan hidup dan nilai-nilai hidup manusia, tidak ada yang lebih mulia daripada insan yang bertakwa. Inilah sebenamya yang dimaksudkan apabila Islam mengakui darjat-darjat hidup manusia..

Perkahwinan kufu' ialah perkahwinan di antara suami dan isteri yang mempunyai persamaan dari segi keadaan hidup. Memang ada aliran hukum di dalam perundangan Islam yang tidak melihat perkara ini sebagai penting. Mereka memandang tidak penting yang kaya berkahwin dengan yang miskin, yang berpangkat berkahwin dengan yang tidak berpangkat Aliran ini melihat dari aspek kemanusiaan semata-mata, yakni Allah SWT. menjadikan manusia sama sahaja. Tetapi satu aliran hukum lagi dalam perundangan lslarn iastu aliran al-Syafiyyah, memandang perbezaan taraf hidup sama ada dari segi kekayaan, ilmu, akhlak dan lain lain mempunyai pengaruh dalam menentukan kehidupan rumahtangga, kerana realiti kehidupan seperti ini tidak boleh diperkecilkan, Seorang perempuan kaya yang sudah biasa dengan kehidupan mewah, sudah tentu menghadapi kesukaran untuk menyesuaikan dirinya dengan kehidupan baru yang disediakan oleh suaminya yang miskin. Kesukaran ini boleh menimbulkan masalah yang rumit. Demikian juga seorang suami yang warak berkahwin dengan isleri yang suka berpoya-poya, sudah tentu akan menimbulkan masalah yang melibatkan hubungan suami isteri itu. Iniiah realiti kehidupan alam perkahwinan yang perlu nnendapat perhaban penjndangan dan dari sinilah timbuinya masalah kahwin sekufu'.

Aliran perundangan al-Syafiyyah, memberl hak kepada wall untuk melarang anak perempuan berkahwin dengan orang yang tidak sekufu1 dengannya untuk mengelak dan'pada masalah ini dan untuk kepentingan hidup anaknya. Dernikian juga aliran ini memberi hak kepada anak perempuan membantah wali mengahwinkah dirinya dengan orang yang tidak sekufu dengannya, demi untuk menjaga kepentingan diri dan kehidupannya di masa hadapan

Keharusan Berpoligami
Di antara persoalan yang menimbulkan masalah paling kontroversi dalam unisan perkahwinan urnat Islam ialah keharusan berpoligami. Ia dijadikan bahan oleh setengah golongan untuk mengecam Islam dan ramai wanita yang tidak puas hati dengan peiaksanaannya.

Bagi menghuraikan masalah ini, terlebih dahulu mestilah difahami apakah yang dimaksudkan dengan keharusan itu. Dari segi perundangan, harus bererti sesuatu yang tidak diseksa dan tidak diberi pahala kepada orang yang melakukannya-Ertinya, ia tidak mempunyai obligasi dari segi hukum. Tetapi, keharusan berpoligami ini dari segi peiaksanaannya bukan sahaja tunduk kepada hukum ini Ia juga terfakfuk kepada prinsip pembentukan keluarga yang telah drterangkan sebelum ini taitu perasaan tanggungjawab dan perasaan-perasaan lain yang dituntut oieh Islam. Sungguhpun dari segi perundangan, poligami boleh dilaksanakan tetapi bukan tanpa mempunyai pertlmbangan lain yang dikehendaki agama. Pertlmbangan ini terrnasuklah apa yang dikatakan oleh ahli-ahlr tasawwuf bahawa tidak dinamakan seseorang itu bertaqwa sehingga ia meninggalkan yang harus untuk menjaga dirinya dari melakukan yang haram.

Dengan sebab itu, jika sesuatu yang harus itu boleh mendorong kepada melakukan yang haram, maka seseorang yang bertaqwa akan meninggalkan yang harus kerana menjaga dirinya dari melakukan yang haram melakukan yang haram, maka seseorang yaitu untuk menjaga dirinya dari melakukan yang haram
Dalam masalah poligami, seseorang itu hendaklah menjauhi sekiranya berkahwin lebih daripada satu menyebabkan ia mencuaikan hak-hak isteri dan anak-anak yang diwajibkan ke atasnya, seperti memberi nafkah dan lain-fain. Walaupun hukum mengharuskan, tetapi ia terus menanggung dosa kerana kecuaiannya menjalankan kewajipan tediadap anak-anak dan isteri-isterr Jika perkara ini menjadi penyakit masyarakat yang menufar, pemerintah boteh mengenakan peraturan-peraturan untuk mencegah kerosakan yang timbul daripadanya.

Penggunaan maksud keharusan berpoligami secara wajar dapat ditihat daripada contoh yang ditunjukkan oieh Rasulullah SAW. dan masyarakat Islam pertama yang dibentuk oleh baginda. Dengan penggunaan yang wajar ini, poligami bukan menjadi masalah kepada masyarakat, tetapi mempakan cara bagi menyelesaikan masalah-masalah yang wujud dalam masyarakat iaitu pembelaan tediadap anak-anak yatim dan janda-janda yang menderita kerana kehilangan atau kematian suami.

Pada masa sekarang masalah seperti di alas masih iagi wujud dan tetap akan wujud selagi adanya manusia. Kerana itu poligami tetap berfungsi memberl kebaikan kepada masyarakat jika keharusan ini tidak disalahgunakan. Tetapi sekiranya poligami disalahgunakan dan dilakukan semata-mata urituk memuaskan nafsu dan menempah dosa, ia akan menjadi masalah dan langkah-langkah mengawalnya hendaklah dilakukan oleh pemerintah dengan mengenakan peraturan-peraturan tertentu untuk mengelak keiosakan.

Perancangan Keluarga
Beralih kepada perbicaraan mengenai perancangan keluarga. Perkara ini juga menimbulkan tanda tanya di kalangan masyarakat. Perancangan keluaiga mengandungi dua program. Pertama merancang kelahiran anak dengan menghadkan kelahiran atau membatasinya. Kedua, menyusun perjalanan keluarga untuk mencapai kesejahteraan dengan memberi perhatian kepada kebajikan, kesihatan dan keselesaan hidup keluaiga serta memastikan perkembangan yang sihat dalam pertumbuhannya.

Program pertama yang bertujuan membataskan kelahiran anak itu berdasarkan teori yang dikemukakan oleh seorang ahli fikir barat yang bemama Maftus. Pada pendapat beliau, perkembangan penduduk dunia, jika dibandingkan dengan pertambahan pengeluarati bahan makanan adalah tidak seimbang. Perkembangan penduduk berjalan dengan kadar 2,4,6,8, sedangkan pertambahan bahan-bahan makanan dengan kadar 1,2,3,4. Jika perkembangan seperti ini terus berjalan, satu bencana kekurangan bahan makanan akan beriaku dan manusia akan menghadapi masalah kelaparan.

Dalam program yang kedua, kita mestilah memberi sokongan bagi menjayakan usaha membaiki keadaan kesihatan, kebajikan dan kesejahteraan keluarga. Tetapi sukalah ditegaskan di sini, usaha-usaha ke arah mencapai tujuan tersebut tidak akan dicapai, sekiranya unsur-unsur akhlak dijadikan program sampingan sahaja. Suatu program yang bersifat menyeluruh hendaklah dirangka untuk mewujudkan kesejahteraan keluarga yang sebenar. Program ini, jika hendak dipercayai oleh rakyat secara berterusan tidak seharusnya dijadikan alat atau piling bagi melaksanakan usaha menghadkan kelahiran anak. Niat yang tidak jujur seperti ini akan menimbulkan akibat buruk dan kesan yang tidak sihat kepada masyarakat.

Kewajipan Dan Tanggungjawab
Seseorang yang hendak mendirikan rumahtangga hendaklah menginsafi bahawa kewajipan dan tanggung-jawab sedang menantinya. Membina keluarga bertnakna bertambahnya tanggungjawab tediadap isteri dan anak-anak. Di sini digariskan beberapa tanggungjawab penting suami dan isteri di dalam rumahtangga.

Kewajipan Suami
1. Suami adalah ketua keluaiga, pelindung isteri dan anak-anak. Sebagai pelindung keluaiga dan ketua unit masyarakat yang kecil ini, suami berkewajipan mangawal, membimbing, menentukan tugas, menyelaraskan kerja, berusaha mencari keperluan hidup keluarga dan berusaha menyediakan faktor-faktor kebahagiaan dan keselamatan keluarganya.
2. Dia wajib menyediakan rumah kediaman, pakaian dan makan minum keluarga. Dia wajib mengajar anak isterinya dengan hukum-hukum agama. Kalau tidak mampu mengajar sendiri dia wajib menanggung biayanya. Dalam hai ini suami yang btjak awal-awal lagi akan memilih isteri yang beragama. Dengan itu dapat meringankan beban dan kewajipannya mengajar agama kepada isterinya. Isteri yang beragama itu, pasti dapat bekerjasama mendidik anak-anak dalam kehidupan beragama.
3. Pentadbiran suami di dalam iumahtangga hendaklah berdasarkan rahmah (kasihan betas) berakhlak dan contoh yang baik. Ia bertanggungjawab di hadapan Allah S.WT. terhadap keluarganya. Bersikap baik dan adil di dalam mengendalikan nunahtangga adalah penting. Rasulullah saw mensifatkan orang yang baik ialah orang yang baik kepada ahli rumahnya.
4. Suarni hendaklah mengasuh isteri dengan baik. Rasulullah SAW. menyifatkan kaum wanita sebagai amanah Allah swt. Amanah itu hendaklah dijaga dengan cermat Misalnya jika kita diamanahkan sesuatu barang dan barang itu rosak di tangan kita, tentulah ia akan melibatkan nama baik kita. Sebab itu Rasulullah SAW. berpesan supaya bersikap baik terhadap wanita dan sentiasa memesan mereka supaya berkelakuan baik.
5. Tanggungjawab suami adalah penting di dalam membina keluarga. Tidak sah pernikahan orang yang tidak boleh mengendalikan urusan. rumahtangga seperti pemikahan kanak-kanak dan orang gila. Adapun orang yang bodoh (safah) yang ditahan dari mengurus harta benda dan dirinya, tidak sah berkahwin melainkan dengan izin walinya. Orang yang mempunyai keinginan berkahwin tetapi tidak sanggup menyediakan mahar dan nafkah tidak digalakkan berkahwin, kata Al-Syafiyyah, sunat tidak berkahwin bahkan hendaklah berpuasa kerana puasa itu penahan keinginan.

Demikian juga orang yang tidak mempunyai keinginan dan hendak menumpukan perhatian kepada ibadah tidak digalakkan berkahwin. Ulama berselisih pendapat mengenai orang yang tidak mempunyai keinginan yang mampu menyediakan makan dan nafkah dan tidak Dula hendak menumpukan seluruh hidupnya kepada ibadat sahaja. Menurut satu pendapat, tidak disunatkan. Menurut pandapat lain sunat ia berkahwin.

Kita dapat melihat dengan jelas bahawa perkahwinan itu hanya digalakkan bagi mereka yang sanggup menunaikan tanggungjawab. Apabila berkahwin, menunaikan tanggungjawab kepada keluarga adalah wajib.

Kewajipan Isteri
Apabila suami sebagai kerua di dalam lumahtangga, maka isteri itu timbalannya yang mempunyai tugas dan tanggungjawab tertentu. Di antara tanggungjawab isteri ialah:
1. Bergaul dengan suami secara baik. Menuiut ulama Mazhab As-Shafie, wajib bagi isteri menggauli suaminya dengan baik.
2. Mengendalikan kerja-kerja rumah. Menuiut riwayat Janzani, Rasulullah SAW menentukan kewajipan anaknya Fatimah mengurus rumah dan AH mengums kerja-kerja di luar rumah. (Al Mar'ah fi Tasawwuri Islam, m.s 105, oleh Abdul Muta'al Al Jibry).
3. Berhias untuk suami. Isteri hendaklah sentiasa berada di hadapan suami dalam keadaan menarik dan kemas. Dengan itu suami menjadi terhibur ketika di sampingnya. Tugas ini tidak dapat dilaksanakan dengan baik oleh isteri kecuali mereka yang faham dan benar-benarperihatin.
4. Pujuk memujuk adalah penting dalam kehidupan rumahtangga. Ibn al-Aswad Al-Dualy berkata kepada isterinya: "Apabila kamu melihat aku marah, tenangkanlah aku. Apabila aku melihat kamu marah, akupula menenangkan kamu, Jika tidakjanganlah kita bersama-sama."
5. Isteri hendaklah taat kepada suami. Di dalam sesuatu tindakan, jangan sekali-kali membelakangkan suami, kerana dia ketua rumah-tangga. Jika hendak keluar rumah mestilah mendapat izin dan suami terlebih dahulu. Isteri pula hendaklah mernahami tugas dan kewajipan suami di luar. Sekiranya kerja itu untuk Allah SWT. dan RasulNya, ia mestilah menyokongnya, memberi galakan dan semangat dan menasihatinya supaya tidak berputus asa.
6. Wanita hendaklah sentiasa menjaga kehormatan din dan nama suami. Wanita yang menjaga kehormatannya dianggap oleh Rasulullah SAW. sebagai wanita yang baik dan parut menjadi ukuran bagi lelaki yang hendak memilih isteri.

Inilah di antara kewajipan isteri terhadap suami. Apabila setiap pihak menunaikan tanggungjawab, akan berkembanglah mawaddah atau kasih sayang. Batas-batas dan tanggungjawab suami isteri ini ditetapkan oleh Islam sebagai peraturaif yang bertujuan mengukuhkan kehidupan dan hidup di dalam suasana ibadah kepada Allah SWT Rumahtangga akan hancur jika sekiranya setiap pihak mengabaikan tanggung-jawabnya. Dengan mengamalkan prrnsip agama dengan betul, akan wujudlah keluarga bahagia yang merupakan tahap pertama pembentukan masyarakat Islam.

Masyarakat Islam
Untuk mengakhiri perbincangan kita ini elok juga ditinjau sikap umat Islam hari ini terhadap perkahwinan.

Sejak kejatuhan umat Islam dari memegang teraju kepimpinan manusia, dengan kemunculan tamadun barat, ajaran Islam diusahakan supaya lenyap sedikit demi sedikit daripada kehidupan kaum muslimin. Paling tidak ia dikelirukan sehingga masyarakat Islam mengamalkan ajaran-ajaran Islam secara kesamaran. Kejahilan umat Islam teihadap agamanya, bukan kerana serangan daripada barat sahaja. Keruntuhan personaliti juga tuait terlibat sehingga kecintaan kepada ihnu dan kegigihan mempelajarinya menjadi bertambah malap. Akhlak yang baik dan nilai-nilai yang mulia beransur-ansur menjadi layu dengan kemaraan niiAl-nilai songsang. Ia rriudah sahaja memenuhi kekosongan dan menguasai kelemahan yang sudah merata di kalangan masyarakat.

Keadaan yang disebutkan di atas mempengaruhi sikap masyarakat Islam dalarn segenap kehidupan iattu potitik, ekonomi dan sosial, khususnya dalam kehidupan keluarga yang menjadi tajuk pembicaraan kita. Dengan lain perkataan, suasana pembentukan keluaiga hari ini dan kelemahan-kelemahan yang teidapat di dalamnya, bukanlah semata-mata hasil daripada serangan nilai-nilai songsang tetapi juga kerana kelemahan yang sedia wujud dalarn masyarakat Islam setelah berlakunya krisis personaliti Islam dan kerenggangan nilai-nilai Islam daripada kehidupan, Walaupun pada umumnya masyarakat kita masih menganggap perkahwinan itu suatu ikatan suci, tetapi minat untuk mempertahankan kesucian itu makin berkurangan dengan berkembangnya maksiat dan lumrahnya perzinaan. Lebih-lebih lagi perzinaan yang berlaku di kalangan orang yang sudah beristeri atau bersuami. Kerana itulah maka tujuan perkahwinan untuk menjaga kesucian (iffah) tidak sangat diperhitungkan oleh banyak kalangan masyarakat kita. Namun begitu, tidaklah boleh dikatakan penyakit ini berjangkit kepada semua lapisan masyarakat kita. Masih banyak lagi di kalangan kita yang tetap memeliharaiffah ini dan mempertahankannya. Masyarakat kita belumlah sampai kepada peringkat kerosakan seperti masyarakat barat- Tetapi jika sekiranya tidak diawasi dan langkah-langkah berkesan tidak diambit, tidak mustahil perkembangan yang meruntuhkan itu akan turut menyerang dan melanda masyarakat kita,

Bersekedudukan adaiah akibat perubahan sikap terhadap perkahwinan. Perkembangan ini jika dibiarkan akan menggugat kesucian ikatan perkahwinan dan meletakkan institusi keluarga dafam keadaan yang tidak dikawai oleh peraturan dan nilai-nilai akhlak. Perkembangan ini sebenarnya mempakan masalah yang sangat serius yang tidak boleh dihadapi oleh rnahkamah semata-mata., tetapi solunih masyarakat adafah terlibat di dalam usaha mencegahnya dan kekuatan masyarakat dalam menoiak perkembangan ini adaiah lebih berkesan daripada hukuman mahkamah. Untuk mempertahankan kesucian perkahwinan dan keutuhan institusi keluarga yang mempunyai peraturan yang membawa kepada kesejahteraan, nilai-nilai Islam hendaklah diperkukuhkan dalam masyarakat. Untuk mencapai tujuan ini masyarakat Islam perlu membina kembali personaliti Islam supaya bertambah kukuh. Pengetahuan mengenai Islam hendaklah disebarkan dengan seluas-iuasnya dan gerakan dakwah hendaklah diperhebatkan.

Masyarakat Islam hendaklah menyedari bahawa institusi keluarga dan syariat perkahwinan wajib dipertahankan kerana punca terbesar keruntuhan sesuatu masyarakat berpunca daripada kehancuran institusi keluarga dan sikap terhadap perkahwinair Apabila keluarga telah runtuh tanggungjawab memelihara dan mengawal rakyat terserah kepada pemerintah. Sedangkan bagaiinana cekap sesebuah kerajaanpun ia tidak berupaya menjalankan tugas-tugas keluarga seperti memefihara, mendidik dan memberi kasih sayang kepada anak-anak. Tanpa didikari yang sempurna dan biinbingan yang wajar, anak-anak ini akan menjadi generasi yang pincang.

Kesimpulan
1. Perkahwinan adalah cara hidup semula jadi manusia dan asas perkembangan masyarakat secara tersusun dan teratur. Peraturan-peraturan yang ditetapkan oleh Islam adalah menjamin penerusan perkembangan masyarakat secara sihat dan tersusun demi kesejahteraan ummat
2. Perkahwinan adalah ikatan suci yang wajib dipertahankan dan merupakan pembaha hendak berpoligami atau tidak, pertimbangan yang adil hendaklah diberikan di samping tujuan dan rob berpoligami itu tidak dirosakkan. Datam hal ini keharusan yang diberikan oleh Islam bukan bermakna galakan atau kebenaran yang boleh dilakukan sewenang-wenangnya. Kehanisan berpoli garni bertujuan membela orang-orang yang tidak bernasib baik di dalam masyarakat. Berpoligami yang membawa kepada mengabaikan tugas terhadap anak-anak dan isteri adalah bertentangan dengan kehendak ketaqwaan.

3. Perancangan keluarga dalam pengertian menghadkan kelahiran anak tidak dapat diterima oleh Islam, Tetapi perancangan keluarga dalam pengertian memberi layanan lebih baik kepada keluarga, meningkatkan mutu kesihatan dan keselesaan hidup serta meningkatkan penglibatan teihadap amalan-amalan yang bermoral, adalah wajib di dalam Islam.

Siapa Anda Dalam Kehidupan Berkeluarga
Kita telah menjelaskan bahawa untuk memastikan suatu masyarakat itu berada dalam keadaan sihat dan harmoni, setiap keluarga yang lahir daripada masyarakat itu perlu dibina dengan kukuh kerana ia sebagai asas tertubuhnya sesebuah masyarakat Kita akan membicarakan siapakah yang tergolong dalam keluarga atau apakah ia definisi keluarga yang wujud dalam sistem kehidupan Islam. Adakah keluarga itu terdiri daripada suami, isteri, ibu, ayah, anak atau lebih jauh daripada itu?

Definisi keluarga dalam Islam adalah berbeza dengan definasi keluarga agama-agama lain. Di dalam Islam orangorang yang termasuk dalam takrif keluarga adalah seperti yang terdapat dalam sistem Faraid. Cuma di sana ada keluarga yang hampirdan ada keluarga yang jauh. Oleh itu orang yang termasuk dalam keluarga ialah:

- Suami isteri
- Datuk, nenek dan seterusnya
- Ayah, datuk dan seterusnya
- Anak, cucu dan seterusnya
- Adik beradik dan zuriatnya
-Ayah saudara, ibu saudara dan zuriatnya
- Lain-lain

Setiap individu dalam keluarga mempunyai hak, peranan dan tanggungjawab. Hak seorang tidak harus diketepikan dan setiap orang boleh menuntut haknya dengan sempuma.

Misalnya, hak anak mendapat pusaka daripada ayah dan ibunya, hak isteri mendapat perlindungan daripada suami, hak wanita menentukan cafon suami dan sebagainya.

Setiap individu dalam keluarga mempunyai hubung kait antara satu sama lain, Ia tidak boleh hidup bersendirian tanpa mengambil kira orang lain. Hubungkait ini adalah termasuk dalam berbagai aspek-aspek kehidupan seperti di dalam melakukan kebaikan atau kejahatan, usaha untuk memperolehi kesenangan, menjaga nama baik keluarga dan sebagainya. Sebagai contoh, apabila seseorang itu mencipta rekod cemerlang dalam hidupnya seperti menjadi seorang pemimpin yang dihormati, masyarakat akan menyebut si pulan itu adalah keluarga si pulan itu. Begitu juga jika rekod yang dicipta itu tidak baik, masyarakat akan mengaitkan juga nama keluarganya. Contoh yang lain, apabila seseorang itu berjaya dalam hidupnya menjadi seorang yang kaya atau hartawan. Orang ini hendaklah ineinbantu keluarganya yang miskin.
Bagi memastikan kehidupan keluarga berjalan dengan teratur dan harmoni, Islam menggariskan dengan terperinci peranan dan tanggungjawab seseorang sebagai ahli keluarga. Di dalam Islam keluarga bermula dengan suami dan isteri. Dan sinilah keluarga itu mula berkembang. Selepas itu lahiriah anak. Di sana ada ibu dan ayah mertua, ipar duai, keluarga sebelah suami, sebelah isteri dan sebagainya.

Peranan ahli keluarga
Bagaimana seseorang itu berperanan dalam hidup berkeluarga. Islam telah mengaturnya dengan lengkap dan terperinci. Seseorang itu perlu memahami dan melakukannya dengan penuh rasa tanggungjawab, Suami, isteri, ibu dan ayah, masing masing mempunyai tanggungjawab yang berbeza. Pembahagian tanggungjawab ini diatur sedemikian rupa supaya wujud suatu disiplin hidup dalam keluarga itu. Dengan itu tidak ada perebutan tugas alau tolak menolak dalam menjalankan tugas masing-masing. Oieh sebab itu keluarga muslim yang benar-benar mematuhi disiplinnya akan hidup aman, tenteram, tenang, gembira dan harmoni,

Di dalam Islam, suami atau bapa diberi peranan sebagai ketua keluarga, Dia wajib memimpin keluarganya ke jalan yang diredai Allah. Isteri dan anak-anak dikehendaki taat sepenuhnya kepada suami atau bapa. Menyediakan sara hidup juga adalah tanggungjawab ketua keluarga. Peranan yang diberikan kepada ketua keluarga ini tidak boteh disalahgunakan. Dia hendakJah bertindak sebagai penyelamat, bukan bertindak sewenang-wenangnya.

Seorang suami atau bapa hendaklah berilmu, jujur, ikhias, berakhlak mulia, bermoral, bijak, cekap dan tegas dengan kebenaran. Dia hendaklah berusaha menjadikan suasana darnai sentiasa wujud dalam keiuarganya. Peningkatan ntlai murni di datam kehidupan isteri dan anak-anak bergantung kepada kualiti suami atau bapa.

Isteri pula mempunyai peranan dan tugas yang berlainan iailu melayan dan membelai suami, mengatur rumahtangga, taat kepada suami dan mengasuh serta mendtdik anak-anak menjadi insan bertaqwa. Anak wajib taat sepenuhnya kepada ibu dan ayah dalam batasan yang tidak bertentangan dengan ajaran Allah, menghormati yang lebih tua, menjaga nama baik keluarga, tidak mengecilkan hati orang tua, memberi tumpuan kepada pelajaran, menjauhkan din daripada pergaufan yang merosakkan dan seumpamanya,

Ibu mertua pula hendaklah sentiasa berusaha untuk mewujudkan suasana dan hubung baik dengan menantu dan keluarganya Hubungan antara mertua dan menantu biasanya sangat sensitif. Ia perfu kepada perhatian khusus dan sifat berhati-hati. Jika perasaan salah seorang tersinggung, boleh menyebabkan kerenggangan di dalam keluarga.

Beberapa peranan yang dihuraikan di atas sudah cukup sebagai penjelasan bahawa setiap individu dalatn keluarga mempunyai peranan yang berlainan. Antara satu sama lain ada hubung kait yang rapat di mana setiap orang tidak boleh melepaskan din daripada yang lain. Misainya seorang anak apabiia bertindak di luar batasan, dia akan menyusahkan dan merisaukan orang tua. Bahkan lebih jauh dari itu dia akan menjejaskan nama baik keluarga. Demikian juga periakuan di luar batasan ini, walaupun ia dilakukan oteh keluarga yang jauh, tetap memberi kesan kepada nama baik keluarga tersebut kerana defrnisi keluarga bagi okang Islam amat luas.

Kenal Pasti Diri Dan Tingkatkan Usaha
Seseorang itu perlu mengenali dinnya.siapakah dia dalam keluarga, sebageti bapa? isteri? ibu? anak? sepupu? datuk? mertua dan sebagainya. Dari semasa ke semasa perlu menyoal diri, sudahkah berfungsi sewajaraya? Sudahkah menjalankan tanggungjawab? Adakah beraksi sebagai penyumbang atau beban kepada Keluarga? Sebanyak mana sumbangan dan pengorbanan teiah dilakukan demi kepentingan keluarga, Banyak iagi aspek-aspek lain yang perlu dipersoalkaa

Kunci penting, bagi hubungan yang kukuh sentiasa wujud di kaiangan anggota keluarga, ialah rasa tangguizgjawab dan kasih sayang. Kalau tanggungjawab semata-mata ia akan menjadi kering dan tandus. Kalau semata-rnata kasih sayang, ia boleh berubah. Maka dari itu perlu hubungan itu diwujudkan dengan rasa tanggungjawab dan penuh rasa kasih sayang. Dengan campuran ini semoga kehidupan keluarga menjadi taman indah yang didiami oleh insan-insan yang bempaya meniiai dan menj'aga keindahan dan keharmonian taman.

Hubungan yang baik hanya akan wujud jika sekiranya satu konsep pegangan atau aqidah yang kuat terhadap Allah terbukti dengan mengambii berat segaia perintah-Nya. Dalam rumahtangga tidak ada pengawal peribadi yang mengawat seseorang sebagaimana kawalan di jalan raya. Kepatuhan kepada Allah sahaja yang dapat mengawal tindak tanduk manusia. Di sini jelas kepada kita agama memainkan peranan penting dalam kehidupan insan. Tanpa agama manusia akan sengsara walaupun mereka hidup dalam mahligai emas dan perak. Ia adalah perkara utama yang mestt diberi perhatian dalam membangun kehidupan sesebuah keluarga.

Ciri-ciri penting
Beberapa ciri penting adalah rnustahak untuk menjadi pegangan setiap individu di dalam kehidupan berkeluarga yang mesti diberi perhatian setiap masa:
1. Sedari diri bahawa anda salah seorang ahli keluarga yang ada peranan, kewajipan dan tidak boleh melepaskan diri daripadanya.
2. Sentiasa baharui azam untuk meningkatkan pengetahuan agama, syaksiah, ilmu pengetahuan ke arah melahtrkan insan berkualiti.
3. Suburkan sifat-sifat mahmudah dan kurangkan sifat-sifat mazmumah dalam amalan hidup sehari-hari.
4. Hidupkan sembahyang berjemaah, banyakkan membaca al-Quran dan hidupkan salam di katangan keluarga.

PENUTUP
Peranan anda atau setiap individu dalam keluarga adalah sangat penting, Anda dan keluarga tentunya ingin bahagia dunia dan akhirat Mereka yang berbahagia ialah mereka yang beriman, sentiasa beramal saiih dan sentiasa menjadi manusia penyumhang. Bahagia sebenamya ada dalam hati dan perasaan manusia. Oleh itu sucikanlah hati, tingkatkan iman dan jadilah insan yang bertaqwa.