Pendahuluan
Ibn Khaldun (732-808H) menyifatkan manusia sebagai makhluk bemnasyarakat, berakal, berseni, berkebudayaan, berekonomi, berpolitik dan sebagainya. Tiada seorang manusia mampu hidup besendirian dan memenuhi keperluan psikologi dan fizikal tanpa perlu berinteraksi dengan orang lain. Lantaran itu pembentukan institusi pemerintahan adalah salah satu cara bagi memenuhi keperiuan-keperluan tersebut di samping menyusun peraturan-peraturan dalam interaksi akan menjadi sukar dan mencetuskan pelbagai konflik.
Muhammad Asad berpendapat satu sistem tertentu amat diperlukan supaya dapat dilaksanakan satu undang-undang yang dapat mengwal individu-individu yang dipengaruhi oleh hawa nafsu jahat daripda merompak hak orang lain. Pengawalan ini dapat menjamin hak individu untuk mendapatkan hak masing-masing serta dapat pula menjalankan tanggungjawab mereka terhadap negara. Kesannya terhasillah apa yang dikatakan sebagai kebebasan sebenar, bukan slogan kebebasan yang kosong dan dipengaruhi hawa nafsu. (Zainal Abidin Ahmad, 1997,hal104).
Politik mempunyai kaitan rapat dengan pemerintahan. Perkataan politik berasal dari perkataan Yunani "politikus" dari akar kata "polis" yang bermaksud negara kota. Perkataan ini di ambil dari bahasa Latin "Politica" Teuku Iskandar di dalam Kamus Dewan mendifinisikan politik sebagai, "Suatu ihnu yang berkartan dengan perintahan seperti dasar-dasar pemerintahan dan sebagainya yang meliputi ilmu siyasah, kenegaraan, parti politik, ahli politik dan tipu muslihat .(Teuku Iskandar 1970, hal885)
Para imperialis dan kuncu-kuncu barat pula terus berusaha menanamkan satu pemikiran bahawa Islam tidak mempunyai hubungan dengan politik atas alasan politik adalah urusan keduniaan. Ramai pula yang meletakkan tanggapan yang bercampur baur antara balk dengan buruk terhadap politik. Macchiavelli di dalam bukunya "La Prince" menghubungkan definisi politik dengan lima perkara iaitu: kekuatan (kekuasaan) balas membalas, kemenangan, topeng dan kelemahan. (RZainal Abidin Ahmad 1977 hal. 89)
Keadaan ini meletakkan satu imej yang kurang baik terhadap politik. Oleh kerana itu politik sering di salah anggap sebagai satu jalan atau usaha untuk mengumpulkan kuasa, kekuatan, pengaruh dan kekayaan melalui pelbagai cara termasuk tipu helah dan eksploitasi oleh golongan yang kuat dan bijak terhadap golongan yang lemah. Situasi-s'ituasi sebegini tersasar dari landasan politik menurut perspektif Islam yang sebenar.
Hakikat kebenaran dan kesyumulan Islam tidak dapat disangkal. Beberapa tokoh orentalis sendiri mengakui ada hubung kait antara Islam dengan politik Schacht dalam Encyclopedia of Social Sciences, mengatakan "kerana Islam ini difahami lebih dan sekadar agama, maka ia juga menggambarkan teori-teori hukum dan politik", R.Strothmann menulis dalam The encyclopedia of Islam bahawa "Islam adalah fenomena agama yang benvawasan politik. Sebab pendiriannya adalah seorang Nabi dan sekaligus seorang politikus yang bijak, atau disebut pula seorang negarawan:. Pendapat ST Arnold pula dikemukakan dalam The Caliphate Oxford dengan katanya "Pada masa yang sama, nabi adalah seorang pemimpin negara". (Yususf al-Qardawy (Dr.) 1999, hal. 28-29.
Politik dikenal dalam tamadun Islam sebagai "Siyasah". Istilah ini sebenamya sudah diterima sebagai sebahagian dan'pada Bahasa Melayu semenjak abad ke 15 lagi iaitu selepas kedatangan Islam ke Alam Melayu. Perkataan tersebut merupakan kata terbrtan dan'pada kata perbuatan "Saasa" yang beerti telah memimpin (Hj. Zainal Abidin Ahmad, 1977, hak. 28). Perkataan ini juga telah digunakan oleh Rasulullah saw dalam sebuah hadith yang diriwayatkan oleh Imam Muslim daripada Abu Hurairah r.a: "Adalah kaum Bani Israil siyasah kenegaraan mereka dipunyai oleh para nabs. Setiap kali meninggal seorang nabi, digantikan nabi yang kemudiannya. Sesungguhnya tidak ada nabi yang akan menggantikan belakangku. Yang ada hanya khatifah-khaHfah yangjumlah mereka adalah banyak."
Penggunaan istilah siyasah di dalam hadith di atas ditafsirkan oleh Imam al-Nawawi sebagai pengurusan pemerintahan dan cara-cara memperbaikinya. Sarjana-sarjana islam antaranya Atiyatullah dalam "dairat al-Maarif al-Hadithah" menjelaskan siyasah sebagai ilmu pengetahuan yang berkaitan dengan kenegaraan, melaksanakan urusan rakyat, memelihara haiwan dan melatihnya dan memberl petunjuk dan juga kepimpinan. Manakala siyasah menuait Ikhwan al-Safa meliputi urusan peribadi, keluarga, masyarakat, negara dan antarabangsa (Mustafa Hj. Daud 1994, hal. 4-5)
Daripada huraian di atas dapat dikatakan bahawa perkataan politik dan siyasah membawa pengertian yang hampir sama. Dari segi makna siyasah juga bermakna politik. Cuma siyasah sering digunakan dalarrrkonteks yang lebih luas seperti siyasah peperangan, siyasah perniagaan dan siyasah kenegaraan, siyasah dalam perundingan dan lain-lain lagi. Istilah ini juga berasal dan tradisi Islam yang dipelopori oleh Rasulullah saw. Dengan itu tanggapan bahawa politik adalah buruk, kotor serta perlu dijauhi adalah tidak tepat. Ini adalah kerana Islam menampilkan satu sistem politik yang murni sebagai satu wadah bagi menyempurnakan matlamat penciptaan manusia di muka bumi selaras tuntutan nas al-Quran dalam surah al-Zarryaat 51: 56) "Dan tidak akujadikanjin dan manusia melainkan untuk mengabdikan din kepadaKu " Contoh politik Islam yang paling tepat ialah politik yang di amalkan oleh Nabi Muhammad saw. Baginda teian meninggalkan asas-asas dan prinsip yang teguh bagi sistem politik negara Islam. Hingga ke hari ini negara Islam Madinah di akui sebagai "negara" tertua dalam organisasi polrtik sejarah manusia, Ini berdasarkan penubuhannya yang berasaskan prinsip yang sah serta mematuhi "rule of law" yang sebenar. (Muhamed S.El-Awa, 1991, hal. 1).
Asas-asas Politik Islam
Menurut al-Maududi, sistem politik Islam mestilah di bina di atas tiga asas periling iaitu tauhid, risalah dan khilafah.
Tauhid
Tauhid bermaksud mengesakan Allah swt dari segi zat dan juga sifatNya. Keyakinan tauhid membawa kepada keyakinan terhadap keluasan kekuasaan Allah swt. Kemudian di atas sifat rahmat dan rahim Nya Allah memuiiakan umat manusia dengan pemberian alam serta segala isinya untuk kegunaan manusia di muka bumi . Segaianya adalah atas qudrat dari iradahNya npa bersekutu dengan sesiapa. Atas hakikat ini, fikrah tauhid menafikan segala bentuk pemikiran yang mendaulatkan manusia samada dalam bentuk individu, masyarakat dan negara.
(Sebaliknya kedaulatan tersebut hanyalah milik Allah swt. Dialah pemerintah sebenar dan Wewengangan penjndangan adalah milik Nya (S. Abdul A'AIa Mududi 1988.hal.44)
Dilihatdari falsafah politik dan pemerintahan terdapat beberapa aspek penting di bawah rasas tauhid yang perlu difahami dengan jelas. Antaranya ialah:
i. Konsep tentang Alam Semesta iaitu mamahami serta meyakini dengan sebenar-benamya tentang kekuasaan dan pengusaan Allah swt, terhadap alam semesta. Dialah Allah yang menciptakan seluruh isi alam serta memeliharanya sehingga hari kiamat. Konsep ini juga dikenali sebagai tauhid rububiyyah. Hakikat ini dinyatakan oteh al-Quran surah al-Faatihah 1:1 "Segala puji bagi Allah, pemilik sekelian Alam ". Firman Nya dalam surah al-Ra'd 13:16 "Katakanfah: "Allah adalah pencipta segala segala sesuatu dan Dialah Tuhan Yang Maha Esa lagi Maha Perkasa ". Selain itu ayat-ayat lain berkaitan dengan tauhid rububiyyah ialah surah al-An'am 6:73, surah al-Nisa1 4:1, surah al-Baqarah 2"29, surah Faatir 35: 3, surah al-Waaqi'ah 56: 58-72, surah al-Ruum 30:26, surah al-AYaf 7:54, surah al Sajdah 32: 5 dan lain-lain lagi. al-hakimiyyah iaitu kuasa perundangan dan kedaulatan hukum di alam semesta adalah hak Allah swt semata-mata. Asas kesedaran ini setiap manusia wajib taat, tunduk dan patuh kepada Allah dalam segenap urusan kehidupan mereka. Dialah pemerintah sebenar, Pencipta Undang-Undang sember rezeki dan tempat memohon perlindungan. Firman Nya dalam surah al-Furqaan 25:2: "Dan tidak ada sekutu bagi Nya dalam Kekuasaan Nya ".
Keterangan tentang hak ini disebut di dalam ayat-ayat surah al-baqarah 2:107, surah al-Qasas 28:70, surah al-An'am 6: 57, surah al-Kahf 18:26, surah al-imran 3:154, surah al-Ruum 30:4, surah al-Hadiid 57:5, surah al-Ra'd 13:16, surah Faatir 35:40-41 dan lain-lain iagi. iii. Segala sifat-sifat kekuasaan al-hakimiyyah adalah di tangan Allah swt semata-mata, Ini jelas tertera di dalam sifat-srfatnya yang sempurna serta nama-namaNya yang terbaik (tauhid asma' dan sifat). Misalnya sifat ini ditegaskan di dalam surah al-An'aam 6:18:
"Dan Dialah yang berkuasa atas sekaHan hambaNya dan Dialah maha bijaksana lagi maha mengetahui". Ayat-ayat lain ialah seperti dalam surah al-Ra'd 13:9, surah al-Hasyr 59:23, aurah al-Baqarah 2:255, surah 36:83, surah 10:65, surah 48:11, surah Yunus 10:107, surah al-Baqarah 2:284, surah al-Kahfi 18:26.
Risalah
Risalah bermaksud kerasulan. Pengutusan Rasul adaiah sebagai suatu cara penyaluran syariat llahi kepada umat manusia. Syariat itu bertujuan mengatur srstern hidup manusia yang iengkap dan sempuma. Dengan pengutusan Nabr Muhammad saw baginda membawa dua panduan utama datem hidup umat lslam iatah iaitu at-Quran dan as-Sunnah. AE-Quran adaiah kitab induk yang merangkurni seluruh isi wahyu setelah Iengkap tempoh penyempurnaannya seiama 23 tahun. Ia menerangkan segala asas dan prinsip yang mesti dipatuhi dalam menegakkan sislern hidup yang baik. Peranan rasul pula iatah menghuraikan dan memberi penerangan dan penafsiran kepada manusia antaranya melalui perkataan, perbuatan dan pengakuan. Ini diperkuatkan iagi dengan akhlak dan perilaku Rasulullah saw sebagal conEoh teladan kepada umat nya. (Abdu; al-Maati Abu al-Futuh (Dr), 1990, hal. 76).
Sistem politik Islam wajib ditegakkan di atas risalah kerana ia membirnbing menurut syariat llahi. Dengan cara demikian sistem politik Islam berdiri di atas asas yang kukuh dan mantap serta menuju kepada kejayaan yang hakiki. Perjalanan perjuangan Islam pimpinan Rasulullah saw tidak memisahkan sistem politik yang diterajuinya dengan syariat Allah swt.. dalam konteks ini manusia yang menerajui poliiik dalam masyarakat mereka seharusnya tidak membelakangi syariat Allah swt. Untuk itu kepatuhan kepada Allah dan Rasul adafah yang paling utama.
Sebarang bentuk penolakan terhadap al-Sunnah juga akan merosakkan kepercayaan dan keimanan kepada Allah swt Al-Quran boieh dianggap sebagai panduan dari sudut teori dan prinsip dasar manakaia Al-Sunnah pula adaiah panduan dari sudut praktis. Ia merintis cara bagaimana syariat diaplikasi sebagai sistem hidup manusia. Oleh itu sistem poiitik Islam harus tarnpil dengan imej Islam yang unggul. Dalam menuju ke arah ifu syariat Islam mesti dtjadikan perlembagaan asasi di mana iandasan risalah inilah ditegakkan sistem politik dan pemerintahan Islam.
Peranan risalah juga membimbing akhlak yang mulia; Akhlak mulia menjadi asas penting dalam sistem politik Islam kerana dua perkara yang sering mencabar manusia sebagai pemegang amanah Ailah ialah nafsu tamak kepada kekuasaan dan yang kedua kecenderungan memenuhi kepentingan diri sendiri. Sifat-sifat sedemikian perlu dikikis dengan akhlak mutia kerana boleh membawa kepada penindasanf piiih kasih seterusnya akan berakhir dengan kezaliman yang dibenci oleh agama. (Mustafa Hj,Daud1994,hal.72.)
Konsep risaiah mengutarakan beberapa perkara yang mesti diambil kira dafam konteks sistem politik dan pemerintahan Isiam iaitu: (S. Abdul Ala al-Maududi 1988, hal 53-55)
i. Manusia wajib patuh dan tunduk kepada Allah secara mutlak.
Allah memiliki hak membuat segala peraturan dan hukum kepada manusia dan hakNya itu wajib ditaati. Contohnya ialah hokum hudud. Lihat surah al-Maaidah 5:38 iii. iii. Allah Maha Mengetahui hikmah dan rahsia disebalik segala peraturan yang tefah ditetapkannya. Lihat surah al-Baqarah 2:216, lihat juga surah al-Baqarah 2:220 dan iain-lain iagi. Allah adaiah kuasa perundangan yang tertinggi. Manusia boleh mengatur kesempurnaan hidup mereka tetapi tidak boieh bertentangan dengan undang-undang Allah. Firman Allah dalam surah al-Jaathiah 45:18 "Kemudian Kami jadikan kamu berada di atas satu syariat (peraturan) dari uwsan agama itu, maka ikutilah syariat itu danjanganfah kamu ikuti hawa nafsu orang-orang yang tidak mengetahui". Lantaran itu orang-orang yang ingkar kepada hukum-hukum Allah disifatkan oleh al-Quran sebagai kafir (surah al-maidah 5:44), zalim (surah al-Maidah 5: 45dan fasik (surah al-Maidah 5:47). Rasulullah adalah contoh teladan dan panduan di dalam sistem politik Islm. Al-Quran telah mengaitkan ketaatan kepda rasui dengan ketaatan kepada Allah. Firman dalam surah al-Nisaa14:80
"Sesiapayang mentaati rasul, sesungguhnya ia telah mentaati Allah ". Di dalam Surah yang sama ayat 115 Allah berfirman lagi: "Dan sesiapayang menentang rasul sesudah jelas kebenaran baginya, dan dia mengikuti jalan yang bukanjalan orang mukmin, akan Kami biarkan mereka bergelumang dalam kescsatan yang telah mereka datangani dan Kami akan masukkan dia ke dalam jahanam danjahanam itu seburuk-buruk tempat kembali".
Khilafah
Khilafah dalam bahasa Arab bermaksud wakil Ibn. Khaldun mendefinisikan khilafah sebagai keharusan semua orang memikul semua orang memikul tugas sesuai dengan pandangan syariat demi untuk kemaslahatan duniawi dan ukhrawi yang nyata. Ini kerana semua urusan dunia di sisi pembuat syariat mesti kembali kepada kemaslahatan ukhrawi. Jadi pada hakikatnya ia merupakan perwakilan atas nama pemegang syariat (Allah) untuk menjaga agama dan penataan dunia (Ibn. Khaldun 1995, hal.208). Ini beerti manusia dibenkan oleh Allah kuasa mengurus kenegaraan. Lantaran itu konsep khilafah menghadkan kuasa bertindak mansia di dalam kerajaan Allah swt ini di dalam ruang lingkup yang dibenarkan Nya sahaja. Al-Quran dan Al-Sunnah adalah periembagaan dalam sistem pemerintahan Islam. Periembagaan inilah yang membataskan kuasa kerajaan dan badan-badan kerajaan. Ringkasnya segala kuasa pemerintah ataupun kuasa rakyat adalah kembali kepada kuasa Allah swt. (Abu al-Maati Abu al-Futuh (Dr.) 1990, hal.76). Mencari petunjuk yang lain seiain daripada itu beerti menuju kesesatan. Firman Allah dalam surah Raad 38:26;
"Wahai Daud, sesungguhnya kami jadikan kamu khalifah (penguasa) di muka bumi, maka hukumlah perkara di antara manusia dengan adll, danjanganlah kamu mengikuti hawa nafsu kerana ia akan menyesatkan kamu dari jalan Allah ". Al-Maududi menjelaskan bahawa bentuk pemerintahan manusia yang benar iaiah mewujudkan sebuah negara yang mengiktiraf kepimpinan dan kekuasaan Allah dan Rasulnya serta menyerahkan hak legislatif dan kedaulatan hukum yang paling tinggi kepada kedua-duanya iaitu Allah dan RasuL Manusia hanyalah sebagai wakil yang memiliki kuasa terhad samaada dalam bidang legislatif, eksekutif atau pun judikatif (S.Abul A'Ala al-Maududi 1986, hal.G3)- Sistem politik yang bertitik tolak dari asas khilafah akan menjurus kepada satu usaha menegakkan hukum syariat serta mengembangkan dakwah ke segenap pelusuk alam. Menegakkan khilafah hukumnya adafah wajib bagi seluruh kaum muslimin. Kewjjban ini di asaskan oleh al-Quran, Al-Sunnah dan juga al-ljma' (Taqiyuddsn al-Nabhani, 2000, hal.1-2), Lantaran keutamaan itu para sahabat r.a tetah sepakat (ijma1) mendahulukanpersoalan perlantikan khalifah daripada urudan pengebumian jenazah Rasulullah saw selepas kewafatan baginda. Sedangkan sebagaimana yang tetah dimaklumi bahawa menyegerakan urusan pengebumian jenazah adalah dituntut Perkara tersebut tidak mungkin akan terjadi melainkan kerana status hukum, melantik seorang khalifah lebih wajib daripada mengebumikan jenazah. (Yusf al-Qardawy (Dr,) 1999 hat 10-11).
Daripada huraian-huraian yang teiah dikemukakan di atas dapat dirumuskan bahawa Islam adalah satu sistem hidup yang lengkap. Aspek politik adalah saiah satu bidang yang terangkum dalam slstem-sistemnya yang lengkap itu. Oleh kerana itu sistern politik Islam berbeza dengan sistem politik sekular barat yang memisahkan roh dan agama dari sistem pofitik mereka. Sedangkan Islam mengutarakan satu bentuk sistem politik yang luhur dengan meletakkannya di atas asas-asas spiritual yang baik dan asas moral serta dipsmpin pula oleh arahan dan perintah Allah swt.. Lantarari itu Hammudah Abd 'Aati, 1996:258 menyifatkan sistem politik Islam sebaga?: "Unik di dalam struktur, fungsi dan matfemtnya, Ia bukan sistem yang pragmatik atau instmmentatistik. Ia juga bukan teokrasi di mana segotongan manusia mendapat hak-hak isiimewa, turun iemurun dan berkuasa mengatasi segotongan manusia lain tanpa had dan batas. Sistem poStik Mam juga bukan proletariat di mana beberapa goloogar? pekerjayang berdendam mendapat kuasa, bahkan sistem politik Islam Juga bukan- demokrasi dalam pengertiannya yang popular.
Oleh itu sikap poiitik Islam dapat dikenal meialui prinsip-prinsipnya seperti syura, prinsip kebebsan, prinsip keaditan, persamaan, akauntabiiiti dan tain-lain lagi
Periantikan Khaisfah
Dalam konteks polik dan pemerintahan khilafah beerti kepimpinan unnum bagl seluruh kaurn muslimin di dunia untuk menegakkan hukum-hukum Allah dan menyebarkan dakwah Islam ke seluruh pelusuk aSam. Seiain khilafah perkataan fmamah juga digunakan bagi maksud yang sama Menurut tbn. Khaldun al-khiiafah adalah "al-daulah aMslamiyyah" atau negara islam, Ini Ibn. Khaldun membahagikan poSitik kepada dua iaitu pertama politik dan pemerintahan akal. Ini disebut oleh beliau al-MuIk (kerajaan) atau daulah (negara). Kedua ialah politik dan pemerintahan syara’. Perkataan islarniyyah di sini adalah satu sifat khusus kepada perkataan daulah yang umum. Sifat itu setenjsnya membezakan politik Islam dan bukan Islam. (Hafidz AhdurrahmanNov. 2000 ha). 11).
Sehubungan dengan itu periantikan seorang pemimpin mesti ditakukan bagi menerajui khilafah. Daiarn sejarah politik Islam ia digelar khalifah. Dalam aspek kepimpinan , al-Quran mahu pun As-Sunnah tidak menghuraikannya secara terperinci. Kesedaran masyarakat Islam temadap tanggungjawab meiant^ pernimpin rnula tercefos selepas kewafatan Rasululiah saw, Lantaran itu satu perbincangan tentang masalah ini telah bertaku di "Saqifah Bani Sa'ad". Hasil paling penting daripada perhirnpunan ftu iaiah pembentukan sistem khalifah yang kernudian kekal diwarisi sehingga abad yang ke da puluh. Di situ yang dikemukakan beberapa teori kepimpinan. Terdapat sebilangan yang mencadangkan kepimpinan adalah hak ansar. Satu pihak lain menghujahkan ianya adalah hak muhajirin dan ada pula segolongan yang membangkrtkan keulungan kepimpinan Quraisy. Namun yang paling penting ialah para sahabat akhimya sepakat dan bersetuju bahawa Perlantikan khalifah mestilah berdasarkan pilihan ramai melalui proses "bai'ah". Secara tidak mereka ijma1 dalam menolak sistem politik warisan. (Mahmood Zuhdi Abdul Majid . Hal.5).
Dengan itu juga perlantikan seorang khalifah mestilah melalui method "Baiah". Oleh ttu jelaslah seseorang tidak akan menjadi khalifah sekiranya kaum muslimin sebagai pihak yang memilki kekuasaan tidak meyerahkan jawatan tersebut kepadanya. Kuasa perintahan seorang khalifah hanya akan sah apabila "akad bai'ah" telah berlaku dengan sempurna antara kedua-dua belah pihak. Proses bai'ah yang berlaku pada zaman khulafa al-rasyrdin diiihat tidak sama antara satu sama lain. Bai'ah terhadap Khalifah Abu Bakar dan Umar al-Khattab dilakukan oleh ahl al-hilli wa al-aqd dari kalangan kaum muslimin yang berada di Madinah sahaja. Semsa bai'ah khalifah Uthman Abdul Rahman bin 'Auf telah mengambil pendapat dari seluruh kaum muslimin di Madinah serta tidak hanya kepada ahl al-hilli wa al-aqd sahaja. Pada masa Khalifah 'Ali bin Abi Talib bai'ah cukup dilakukan oleh majoriti penduduk Madinah dan penduduk Kufah sahaja. (taqiyuddinal-Nabhaani, 2000 hal. 20-21).
Melalui peristiwa-peristiwa yang berlaku tersebut telah menjadi ijma' bagi para sahabat bahawa akad khalifah dapat diwujudkan oleh orang-orang yang mewakili kaum muslimin dalam hal pemerintahan kerana ahl al-hilli wa al-aqd dan sebahagian besar penduduk Madinah waktu itu di anggap mewakili majoriti umat tentang pemerintahan di seluruh wilayah daulah islamiyah (negara Islam) dengan sah, seluruh kaum muslimin wajib berbai'ah kepadanya sebagai bai'ah taat. (Taqiyuddin al-Nabahaani 2000 hal. 22).
Walaupun pemerintahan para sahabat menggunakan gelaran khalifah, riamun gelaran tersebut tidak mengikat umat Islam yang selepasnya. Walau apa pun sistem pemerintahan yang digunakan selagi mana pemerintah itu mengikut landasan-landasan syariat, ia tetap diakui sebagai mendirikan khilafah yang dikehendakhi oleh agama.
SISTEMPOUT1K ISLAM (Penekanan Kepada Konsep Siyasah Shar'iyyah)
Pendahuluan.
Sistem politik dalam Islam (al-Niiam al-Siyasffl al-lslam) yang membentuk sistem pemerintahan Islam pada dasarnya berteraskan ajaran-ajaran al-Quran dan Sunnah Rasul saw. Namun begitu memandangkan terdapat hanyak hukum-hukum mengenai hal ehwal pentadbiran dan pengurusan negara tidak disebut secara putus (qat'i) di dalam dua sumber ini, maka para fiihaqa' menggunakan ijtihad mereka dalam menanganinya. Penggunaan ijtihad dalam konteks ini dinamakan dengan "Siyasah Shar'iyyah"- Justeru "Siyasah Shar'iyyah" menjpakan sumber hukurn yang diaplikasikan dalam sistem politik dan pemerintahan secara merujuk kepada hukum-hukum yang boleh menerima perubahan (tidak qafi) selaras dengan Kaedah-kaedah Umum (al-Qawald al-amanah syariat serta Tujuan-tujuan Shari'at (Maqasid al-Shari'ah).
Defnisi Siyasah Shar'iyyah
Para fuhaqa' memberi pelbagai definisi seperti berikut:
Ibn Nujaym menyatakan, "la sesuatuyang diiakukan dengan pemerintah, kerana terdapat sesuatu kepentingan, meskipun tidak terdapat dalil juz'i mengenainya". lbn Uqayl (dari mazhab Hambali) mendifinfcikannya dengan, "Sesuatu perbuatan yang mendekatkan din manusia kepada mencapai kepentingan dan menjauhkan perosakan (fasad), meskipun ianya tidak ditentukan oleh Rasul dan diturunkan wahyu mengenainya'.
"Sementara itu al-lmam al-Syafi'e bilamana berbicara tentang "Siyasah Shar'iyyah" membuat ketentuan berikut. "Tiada siyasah meiainkan apa yang selari dengan syara'". Sehubungan dengan kenyataan al-Snafie ini ibn 'Uqayl menyatakan, "Bahawa apa yang dimaksudkan dengan meiainkan apa yang selari dengan syara1 itu ialah apa yang tidak bercanggah dengan syara', maka huraian itu adalah benar. Tetapi jika dimaksudkan dengannya "Tiada siayasah meiainkan apa yang disebutkan oleh syara', maka kenyataan ini adalah salah dan dengan itu juga ia mempersalahkan para sahabat kerana para Khulafe' al-Rashidin meiaksanakan pelbagai hukuman dengan berdasarkan kepada Siyasah Shar'iyyah al-Sunnah, Bahkan dapat diiihat nanti kedapatan di antaranya dari segi zahirnya bercanggah dengan nas-nas al-Quran dan al-Sunnah",
Selain dari itu terdapat pula ruhaqa' yang membataskan Siyasah Shar'iyyah kepada tindakan-tindakan perundangan yang di ambil oleh pemerintah dengan mengenakan hukuman yang keras dan bersifat deteren yang preventif bagi menghapuskan punca-punca fitnah dan perosakan. Antara mereka 'Ata al-Din al-Tarabulsi yang menyatakan, Siyasah Shar'iyyah iaiah suatu tindakan perundangan yang keras (Shar'un mughlazun)". Dalam hal al-Tarabulsi mungkiri merujuk kepada perlaksanaan beberapa hukum yang berkaitan dengan kesalahan-kesalahan nudud seperti minum arak seperti yang dilakukan oleh Umar ibnal-Khattabr.al..' Sementara itu fuhaqa1 mutakhhirin menyatakan ia adalah , "suatu nama yang diberikan kepada hukurrvhukum dan tindakan-tindakan untuk mengurus segala hal ehwal ummah dan kerajaan, perundangan, peradilan dan semua kuasa-kuasa eksekutif atau pentadbiran dan hubungan luar". Atau secara ringkasnya ia adalah "Tindakan-tindakan mengenai hal ehwl awam ummah yang dibuat untuk mencapai kepentingan (maslAllah) mereka".5
Perbezaan pendapat di kalangan fuhaqa' ini agak ketara disebabkan Siyasah Shar'iyyah tidak wuhjud sebagai cabang ilmu yang tersendiri melainkan selepas "Era ijtihad"yang membuatkan ilmu ini terpaksa melalui pelbagai tahap perkembangannya. Dari segi penggunaan pakainya terdapat pula para fuhaqa' yang ingin diperluaskannya oleh pemerinlah dalam hal ehwal perintah bagi mencapai kepentingan (maslAllah) ummah dengan tindakan-tindakan yang tidak bercanggah dengan prinsip-prinsip agama, meskipun tiada dalil khusus mengenainya:
Dari definisi yang diberikan jelas menunjukkan bahawa pengertian serta ruang lingkup aplikasi Siyasah Shar'iyyah amatlah luas bukan sekadar mengenai perlaksanaan hukum-hukum jenayah seperti hudud, qisas, dan ta'zir, malah mencakupi bidang-bidang pentadbiran, pemerintahan, penjndangan, kehakiman, politik, hubungan antarabangsa dan sebaginya. Dari sini juga dapat dirumuskan bahawa sesuatu perlaksanaan hukum itu perlu memenuhi tiga syarat berikut untuk dikategorikan sebagai Siyasah Shar'iyyah:
a. Keselariannya dengan roh syariat bersandarkan kepada kaeda-kaedah am (al-Qawa'id al-Kuliyyah) dan prinsip-prinsip umum (al-Mabdi1 al-'Ammah) yang tidak brubah mengikut peredaran masa dan perubahan tempat
b. Tidak bertentangan secara hakiki dengan mana-mana dalil-dalil syar"i tafsili (al-Adilah al-Shar'iyyah) yang disabitkan dan ditetapkan sebagai satu syariat (peraturan) urnum bagi manusia pada setiap ketika dan dalam apa juga keadaan.
c. Hendaklah Siyasah Shar'iyyah itu dapat merealisasikan prinsip-prinsip berikut: Al-Shura (Permasyuaratan), Al-Hurriyah (Kebebasan), al-Musawah (Persamaan), al-'Adalah (Keadilan) dan al-Mas'ufiyyah (Pertanggungjawaban atau Akauntabiliti).
Al-Shura (Pemasyuaratan).
Akar kata istilah 'Shura' adalah 'Shawara' bererti meminta dikeluarkan pandangan. Dari segi istilah ia bermaksud: Meninjau pandangan-pandangan dalam masalah 'am (yang ada kepentingan awam) di mana tidak terdapat nas yang sarih (terang-terangan) dan putus sama ada dari al-Quran atau al-Sunnah untuk mencapai kepada yang terbaik dan kemudian diikutinya (dipatuhi) dan dilaksanakannya),
Al-Shura disyariatkan oleh Allah swt dengan Firman Nya bermaksud, "Maka dengan sebab rahmat (yang mefimpah-limpah) dari Allah (kepadamu wahai Muhammad) engkau telah bersikap lemahlembut kepada mereka (sahabat-sahabat dan pengikutmu) dan kalaufah engkau bersikap kasar lagi keras hati, tentulah mereka itu lari dan kelilingmu. Oleh itu maqfkanlah mereka (mengenai kesalahan yang mereka lakukan terhadapmu) dan pohonkanlah ampun bagi mereka dan bermusyawarahlah dengan mereka dalam urusan (peperangan dan soal-soal keduniaan) itu. Kemudian apabila engkau telah berazam (putus bicara sesudah bermesyuarat untuk membuat sesuatu), maka bertawakallah kepada Nya". (All Imran: 1591
Ayat ini diturunkan dalam perang Uhud di mana Rasulullah saw berpandangan muslimin hendaklah mentap dalm Madinah mempertahankannya dari keluar bersemuka dengan tentera kuffar sepertimana pandangan pada sahabat
Perkembangan yang berlaku dalam perang Uhud ini menyebelahi pandangan Rasulullah saw. Walaupun begitu Allah swt mengarahkan nabinya memohon pengampunan ke atas para sahabatnya dan bermusyawarah dengan mereka, Justeru nas dalam bentuk beginl dan dalam suasana sedemikian menunjukkan yang ianya putus bahawa shura merupakan prinsip asasi dalam sistem pemerintahan Islam.6 Allah swt juga berfimnan maksudnya: "Dan jugs (iebih balk dan lebih kekal lagi) orang-orang yang menyahut dan menyambut pehntah TuhanNya serta mendirikan sembahyang dengan sempuma dan urusan mereka dijalankan secara bermasuarat sesama mereka dan mereka pula mendermakan sebahagian dari apayangKami benpadaNya". (Al-Shura: 38) Ayat ini merupakan ayat Makkiah sebelum tertegaknya negara Islam Madinah. Dengan ttu jelas menunjukkan bahawa Shura merupakan unsur keperibadian rnukmin yang sebenar. Bermakna solat merupakan tiang agama, maka shura adalah hati dan nadi bagi sistem politik Islam sepertimana zakat adalah tulang belakang sistem ekonominya.
Sementara itu Rasulullah saw telah melaksanakan Shura dalam banyak urusannya sehingga Abu Hurairah r.a ada berkata. 'Tidak pemah aku lihat seseorang yang begitu banyak bermusyawarah dengan para sahabatnya dari Nabi saw.
Sabda Rasulullah saw lagi kepada Abu Bakar dan Umar r.a maksudnya, "kalau kamu berdua bersepakat mengenai sesuatu perkara, nescaya kamu berdua tidak akan mengkhianatinya selama-Iarnanya jika ianya diputuskan secara musyawarah". Para sahabat juga tidak ketinggalan mengamalkan shura seperti contoh-contoh berikut; Musyawarah yang dibual di Saqifah Bani Sa'idah u.ntuk memilih pengganti
Rasulullah saw sebagai khalrfah.
Apa yang berlaku pada zaman 'Umar ibn al-Khattab bilamana berkumpul enam orang dari para sahabat untuk memilih salah seorang dari mereka sebagai khalifah.
Hukum Bermusyawarah
Para fuqaha' berselisih pendapat mengenai hukum syura atau bermusyawarah bertitik tolak dari intrepetasi yang berbeza tentang ayat syura iaitu; "Dan bermusyawarahlah dengan mereka dalam urusan (peperangan dan soal-soal keduniaan) itu:"
a. Sebahagian dari mereka menyatakan suruhan yang terdapat di dalamnya adalah wajib, bahkan sebab penurunannya (Sabab al-IMuzul) juga menguatkan lagi kedudukan wajibnya iaitu dituojnkan setelah kekalahan orang-orang Islam dalam peperangan Uhud.
b. Sebahagian yang lain pula menyatakan hukumnya hanya sekadar sunat sahaja, kerana RasuluMah saw tidak memerlukan kepada shura kerana memadai dengan wahyu yang diturunkan kepada baginda. Justeru ayat tersebut sekadar menguatkan hati dan jiwa para sahabat dan mengangkat .martabat mereka sahaja."
Pendapat golongan kedua ini disanggah. Jika dikatakan Rasulutlah saw tidak memerlukan kepada shura kerana memadai dengan wahyu, maka pendapat ini ditolak disebabkan syura adalah mengena perkara-perkara yang tidak diwahyukan. Tambahan pula dalam ehwal keduniaan yang bersifet ijtihadi memerlukan bermusyawarah. Bahkan jika diterima dakwaan yang mengatakan Rasulullah saw tidak perlu bermusyawarah, maka apakah kita juga tidak perlu bemusyawarah kerana ianya tidak menjadi sesuatu yang diamalkan oleh Rasulullah saw.
Ruanglingkup Shura
Shura merangkumi semua urusan negara dan pemerintahan. Namun perlu ditekankan di sini shura diperlukan dalam perkara-perkara besar yang memerlukan kejituan. Sementara hal ehwak rutin pentadbiran harian, maka ianya tidak memerlukan kepada shura. Oleh yang demikian shura terikat dengan dua perkara:
a. Tiada ruang shura dalam masalah-masalah yang terdapat nas qat'iyyat al-thubut (Pensabitannya putus) sama ada dari al-Quran atau sunnah yang sahih.
b. Tidak seharusnya para Ahli Majlis Shura membuat kesimpulan yang bercanggah dengan nas-nas syariat yang terdapat di dalam al-Quran dan al-Sunnah, kerana percanggahan ini mencegah dari diambil pakai pandangan yang dikeluarkan melalui Shura dan menjadikannya tidak bemilai.
Al-Huriyyah (Kebebasan).
Pembicaraan mengenai kebebasan selalunya dikaitkan dengan hak dan biasanya disebut hak dan kebebasan. Al-Shaykh Abu Zahrah menyatakan, "Kebebasan individu di dalam Islam tidak dapat digambarkan melainkan dalam keadaannya yang terikat (terbatas). Orang yang sebenar-benamya bebas ialah yang ketara pada dirinya erti dan makna keinsanan yang tinggi yang dapat mengawal dirinya dan menghadapkan dirinya kepada perkara-perkara utama dalam kehidupan. Dia tidak melampaui batas dan memberikan kepada orang lain apa yang diberikan kepada dirinya."
Asas-asas Kebebasan
Asas hak dan kebebasan dalam Islam adalah lahir dan 'Aqidah" Islamiyyah itu sendiri yang merangkumi setiap dan ajarannya. Disebabkan oleh manusia itu merupakan semulia-mulia makhluk di sisi Allah swt, maka Allah swt menganugerahkan kepada mereka hak-hak dan kebebasan temtu melebihi makhluk-makhluk lain. Justeru dapat dilihat misalnya ibadat di dalam Jslam dilakukan dengan keakuran dan kepatuhan secara sukarela (tanpa paksaan) dengan menggunakan hak beragama seseorang.
Ciri-Ciri Hak Dan Kebebasan.
1. Anugerah Allah swt
Hak dan kebebasan adalah anugerah Allah swt kepada makhluknya. Ia bukan pemberian manusia kepada kaum sejenisnya. Justeru itu ia diberi bilaman Dia menghendakhi dan ditarik batik bilamana Dia perlu berbuat demikian. Bahkan hak dan kebebasan ini merupakan hak-hak yang diperlakukan oleh Allah swt sejajar dengan fitrah kemanusiannya. Ia juga merupakan hak-hak yang tetap mengikut hukum tabie dan syariat, kerana Allah menganugerahkan kepada manusia hak untuk hidup, memberi kelebihan dan memuliakannya. Justeru dianugerahkan kepada manusia hak-hak dan kebebasan dan menjadikan iradahnya sebagai penentu kepada tindak tanduk dan perbuatannya dan dia juga bertanggungjawab ke atas iradahnya ini. irada merupakan penentu kepada kebebasan yang terikat dengan syariat. Syariat Islam memperakui pertanggungjawaban. Pertanggungjawaban tidak wujud tanpa adanya kebebasan-kebebasan untuk manusia. Memandangkan hak-hak dan kebebasan itu | anugerah Allah swt maka natijahnya ialah:
a, tanya memiliki elemen habyah, kemuliaan dan kequdusan sebagai jaminan ianya tidak dikuasai oleh pemerintah, kerana jika ranya dimansuhkan oleh pemerintah, maka dikira telah terkeluar dari syariat Allah dan justeru itu pemerintah tidak fagi memiiiki asas snarl untuk terus berkuasa.
b. Dengan ketentuan bahawa ianya adalah amugerah Allah swt, maka ianya juga memiliki ciri 'celupan' (Sibghah) agama dan dengan itu menjadikan penghormatan kepadanya berlaku secara sukareia lahir dari dafam jiwa manusia dan tertegak di atas dasar keimanan kepada Allah yang mensyariatkan hak-hak dan kebebasan ini. Dengan itu terjaminlah kepatuhan kepadanya dan terhindadah dari terkeluar darinya, meskipun seseorang itu berdaya berbuat begitu.
c. Hak-hak dan kebebasan ini tidak boleh digugurkan atau dimansuhkan. Jika ini ingin dllakukan, maka ia memeriukan kepada wahyu yang baru.
d Tidak beriaku pengabaian mana-mana pihak.Tidak berlaku penekanan kepada hak-hak individu dengan mengabaikan hak-hak masyarakat atau pengabaian hak masyarakat kerana kepentingan pemerintah.
2. Shumul dan Umum,
Hak-hak dan kebebasan ini shumul dalam ertikata merangkumi semua bentuk hak dan kebebasan sama ada yang dikenali sebagai hak dan kebebasan tradisional, kernasyarakatan dan ekononni. Umum puia bermaksud ianya meratai semua penduduk yang tunduk kepada sistem Islam tanpa perbezaan kerana wama kulit, bangsa, bahasa bahkan 'aqidah.
3- Sempurna Sejak Asal Dan Tidak Boleh Digugurkan
Hak dan kebebasan dalam Isiam adalah sebahagian dari syariat. Ia bercirikan sempuma sama dengan sifat mensyariatkannya iaitu Ailah swt yang bersifat "Kamal" (sempuma).
4. Tidak mutlak
la terikat dengan konsep tidak memudharatkan kepentingan masyarakat, Misainya hak perniiikan individu tidak mutiak ietapi terikat dengan kepentingan masyarakat, bukan sekadar ianya mengawasi, malah mengiktiraf, mengawal dan membuat
No comments:
Post a Comment